mrs secretary

Selasa, 10 Januari 2012

Bekas makanan ganti polisterin

Assalamualaikum...(^ ^)

Sebelum ni dah banyak kali nak guna tapi rasa macam segan pulak. Entah apa kan, segan tak bertempat. Sekali tu pernah nampak sorang kakak ni tiap² hari dia bawa bekas makanan sendiri untuk beli makanan di kafe. Tengok dia tak segan pun, hehehee!

Jadi mulai semalam Mas dah bawa bekas makanan sendiri kalau nak beli makanan di kafe. Mas beli kat Giant je. Mulanya nak cari bekas makanan jenama AppleLady tu, tapi tak jumpa. 

Senang bila bawa bekas makanan sendiri ni, ruang letak makanan pun lebih besar berbanding polisterin. Selain baik untuk kesihatan ianya baik untuk alam sekitar. Tak perlulah guna bekas polisterin yang sememangnya tak elok, lagi pun sekarang kan ada kempen hentikan penggunaan polisterin.

Mulai semalam, Mas letak bekas ni kat pejabat. Tak perlulah nak bawa hari² dari rumah. Lepas makan basuh bersih² pastu simpan, nak beli makanan kat kafe nanti terus bawa je.


16 ulasan:

  1. kalau tengok bekas makanankan, mesti rasa teruja nak tengok apa dalam bekas itu kan kan?

    BalasPadam
  2. lama saya pulak saya rasa tak tapau makanan...huhu..

    BalasPadam
  3. haah, baguih tu sebab baca gak yg polistrin tu tak moleh slalu guna, leh kanser kan

    BalasPadam
  4. terbaek kak mas....praktikan lah kak. jgn segan2 sebab ia menggalakkan orang kurang menggunakan polisterin nie.
    dan ia membantu untuk alam sekitar.

    saya dan kawan di opis pun sama membawa bekalan dari rumah ke opis.

    BalasPadam
  5. tp nk masak2 bangun pg yg siksa tu kak.hehe

    BalasPadam
  6. bagus! teruskan..bg inspirasi kat yg lain.

    doktor yg rawat arwah bapa saya pun bgtau jgn guna bekas polistrine, ia antara punca kanser & penyakit lain lagi.

    *tapi saya masih segan nak bwk bekas sendiri utk beli mknn..

    BalasPadam
  7. bagus pakai macam ni, selamat pun selamat. :)

    BalasPadam
  8. terbaik la kak mas. tak ramai yg nk buat macamni.hehe

    BalasPadam
  9. memang sangat bagus untuk alam sekitar..kalau sendiri bawa bekal lg bagus hehhehhe..

    BalasPadam
  10. assalamualaikum mas...bagus mcm ni kan x adalah kita menggunakan byk polisterin tu...menyelamatkan dunia dr pencemaran alam...:)

    BalasPadam
  11. waaa.. bagusnya! nak kena mula jugak ni :D

    BalasPadam
  12. Bagus2..bagus utk alam sekitar

    BalasPadam
  13. weeee
    bagus la kak mas :)
    sayang kan bumi kita
    hehehe

    dulu mase kat u pon bawa bekas sendirik bile nak beli makan :))

    BalasPadam
  14. polisterin tak elok. sebaiknya pakai bekas makanan kita atau bekas dibuat dr kertas. :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com