Logo KBBA

terkini dan sensasi

Sabtu, 28 Januari 2012

Berdikarilah wahai wanita

Assalamualaikum...(^ ^)


Mas pasti wanita zaman sekarang semuanya dah pandai berdikari. Dah pandai lakukan apa saja tanpa minta bantuan dari orang lain, terutamanya lelaki. Dah boleh hadapi susah senang sendiri, tanpa perlu simpati dari sesiapa.

Cuma ada jugak segelintir wanita yang tidak mahu atau takut untuk berdikari sendiri, bukannya Mas nak cakap sebarangan tapi ianya dari pengalaman sendiri. Dulu memang Mas tak pandai nak berdikari sendiri, semuanya harapkan husband. Nak pergi kerja pun husband yang hantarkan, nak pergi sendiri tak boleh sebab masa tu nak memandu kereta pun tak pandai.

Tapi disebabkan kekangan kerja husband yang tak menentu masa, Mas kena gagahkan diri untuk berdikari sendiri. Tak boleh setiap masa nak harapkan husband, Mas kumpul duit gaji dan pergi belajar memandu. Alhamdulillah sekarang semua Mas dah boleh buat sendiri, memandu sendirian ke kampung pun dah lepas. Yang penting husband beri kepercayaan penuh untuk Mas berdikari sendiri.

Jadi pada wanita jangan takut untuk berdikari, ia untuk keyakinan diri kita jugak. Bila kita mampu berdikari dengan mudah kita hadapi sesuatu masalah seorang diri. Demi untuk kebaikan jugak andai suatu masa nanti tiada suami atau keluarga di sisi untuk bantu kita.

9 ulasan:

  1. tade yang mustahil kan kak? :)

    BalasPadam
  2. Setuju tu...
    Bayangkan suatu hari nanti andai Allah ambil balik apa yg dipinjamkan...
    Moga kita boleh terus hidup dengan kudrat yg ada...

    BalasPadam
  3. boleh bawak uncle ronda-ronda?

    BalasPadam
  4. sama la kite......dulukan selalu saing ble cik abang antar p kerja :)

    BalasPadam
  5. Bljr bdkari utk mse dpn
    kite tatau kn pe akn jd

    BalasPadam
  6. wah..saya nak belajar memandu balik..lesen buat perhiasan je..hu2

    BalasPadam
  7. huwaaaa
    betol tu kak
    smp bebile pon kite takkan maju ke depan kalo x nk cube berdikari kan :)

    BalasPadam
  8. kebanyakan kawan2 wanita awie kenal semuanya pandai berdikari.

    BalasPadam
  9. saya sgtlah tak berdikari. tak tau lah nk buat macam mana dgn perangai ni. penakut. hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com