Assalamualaikum...(^ ^)
Mas pasti wanita zaman sekarang semuanya dah pandai berdikari. Dah pandai lakukan apa saja tanpa minta bantuan dari orang lain, terutamanya lelaki. Dah boleh hadapi susah senang sendiri, tanpa perlu simpati dari sesiapa.
Cuma ada jugak segelintir wanita yang tidak mahu atau takut untuk berdikari sendiri, bukannya Mas nak cakap sebarangan tapi ianya dari pengalaman sendiri. Dulu memang Mas tak pandai nak berdikari sendiri, semuanya harapkan husband. Nak pergi kerja pun husband yang hantarkan, nak pergi sendiri tak boleh sebab masa tu nak memandu kereta pun tak pandai.
Tapi disebabkan kekangan kerja husband yang tak menentu masa, Mas kena gagahkan diri untuk berdikari sendiri. Tak boleh setiap masa nak harapkan husband, Mas kumpul duit gaji dan pergi belajar memandu. Alhamdulillah sekarang semua Mas dah boleh buat sendiri, memandu sendirian ke kampung pun dah lepas. Yang penting husband beri kepercayaan penuh untuk Mas berdikari sendiri.
Jadi pada wanita jangan takut untuk berdikari, ia untuk keyakinan diri kita jugak. Bila kita mampu berdikari dengan mudah kita hadapi sesuatu masalah seorang diri. Demi untuk kebaikan jugak andai suatu masa nanti tiada suami atau keluarga di sisi untuk bantu kita.
tade yang mustahil kan kak? :)
BalasPadamSetuju tu...
BalasPadamBayangkan suatu hari nanti andai Allah ambil balik apa yg dipinjamkan...
Moga kita boleh terus hidup dengan kudrat yg ada...
boleh bawak uncle ronda-ronda?
BalasPadamsama la kite......dulukan selalu saing ble cik abang antar p kerja :)
BalasPadamBljr bdkari utk mse dpn
BalasPadamkite tatau kn pe akn jd
wah..saya nak belajar memandu balik..lesen buat perhiasan je..hu2
BalasPadamhuwaaaa
BalasPadambetol tu kak
smp bebile pon kite takkan maju ke depan kalo x nk cube berdikari kan :)
kebanyakan kawan2 wanita awie kenal semuanya pandai berdikari.
BalasPadamsaya sgtlah tak berdikari. tak tau lah nk buat macam mana dgn perangai ni. penakut. hehe
BalasPadam