Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 8 Januari 2012

Bila anak meningkat dewasa

Assalamualaikum...(^ ^)


Mama, kenapa Arfan takde handphone? Kakak je ada, Arfan nak jugak.

Mama, kakak nak cat bilik warna lain. Dah bosan dengan warna pink.

Mama, Arfan nak basikal baru. Basikal lama tu dah buruklah.

Mama, kakak nak duitlah. Orang besar kan kena ada duit sendiri.

Inilah antara permintaan anak² bila dah meningkat dewasa, semua nak ikut hati sendiri je. Apa yang kita cakap kadang² tu dia buat endah tak endah je. Cadangan kita pun bukan nak terima sangat, dah pandai nak buat pilihan sendiri.

Sebagai ibu biasalah Mas akan turutkan kalau perkara yang diminta tu bersesuaian, kalau rasa tak perlu memang Mas cakap tak boleh. Kemudian akan jelaskan kepada mereka apa sebabnya, biar mereka faham kenapa permintaan tu tak dapat ditunaikan.

Tak perlulah nak marah kan? Yang penting Mas nak mereka faham kadang² apa yang kita nak tak semestinya kita dapat. Nak pulak di usia yang masih muda. 

Mas juga selalu cakap pada mereka..
"Bila kakak dan Arfan dah besar nanti pastu dah ada kerja yang bagus, belilah apa sahaja yang nak. Tapi satu je jangan lupa pada mama dan babah."

9 ulasan:

  1. mas

    tersentuhnya ayu baca entry ini..
    anak2 cepatnya membesar.. kan?

    BalasPadam
  2. kak mas: boleh jd calon ibu mithali la, bagus2 pandai saiko anak2

    BalasPadam
  3. kecik2 dah latih pakai tudong....

    comel

    BalasPadam
  4. mcm mana la saya nanti hendel anak2 plak.

    BalasPadam
  5. anak-anak ibarat kain putih..
    ibu bapalah yg mencorakkan mereka. sebab tu didikan agama tu penting.supaya anak-anak bila dah besar nanti xlupakan ibu bapa.

    first time singgah blog akak.klu sudi singgah la blog sy balik

    www.chomelmedia.com

    blog pasal binatang comel,bayi comel, barang2 comel, origami, kraf dll..

    time kasih

    BalasPadam
  6. begitulah anak2... sepantas masa berlalu.... tanpa kita sedar..

    BalasPadam
  7. wah, dah semakin meningkat anak remaja...

    BalasPadam
  8. bila anak dah besar, dia pun rasa dah besar. sedangkan mereka masih tak ready pun untuk jadi besar. :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com