Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 1 Januari 2012

Bunga api dalam mimpi

Assalamualaikum...(^ ^)


Happy New Year 2012!

Kita dah di dalam tahun baru. Azam baru, matlamat baru dan mulakan kehidupan baru. Yang pahit di tahun lepas usah dikenang, jadikan ia pengalaman untuk menempuh tahun baru.

Apa aktiviti kawan² menjelang tahun baru semalam, celebrate ke? Mas tak pun, hanya duduk di rumah je. Pastu ada jugak bercadang nak pergi tengok bunga api kat Putrajaya. Nak jugaklah ambik gambar bunga api yang cantik dan indah tu, lagi pun anak² yang beria sangat nak pergi tengok.

Jadi cadangnya dalam pukul 11.30 malam nak keluar, tapi pukul 11 tu anak² dah terlentok tidur. Babahnya pun sama dan mengadu ngantuk. Nampaknya bunga api meletup dalam mimpi jelah, tak kesampaian hajat nak ambik gambar.

Mas hanya tengok bunga api kat TV sajalah! 

4 ulasan:

  1. bom bom bunyi. smpi takleh tdo. ! hehe. selamat tahun baru kak mas :)

    BalasPadam
  2. Saya punggg tengok dekat rumah jek. Malas nak keluar sebab dah agak ramai orang. HEHEHE :D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com