terkini dan sensasi

Selasa, 17 Januari 2012

Periksa handphone pasangan

Assalamualaikum...(^ ^)


Periksa handphone suami atau isteri, perlu ke? 

Entahlah Mas pun kurang pasti sangat, perlu atau tidak. Sebab Mas tak buat pun. Cuma ada baik dan buruknya kalau kita buat, janji tidak menimbulkan syak wasangka yang keterlaluan.

Baiknya bagi suami isteri yang suka SMS atau jawap panggilan secara sembunyi, cara ni memang sangat meragukan. Jadi untuk pastikan tidak berlaku kes curang dan main kayu tiga, lebih baik periksa. Mana tau dah berpuluh² SMS cintan cintun dalam handphone dia.

Baiknya jugak kalau suami isteri suka layan internet kat handphone, nak layan kat laptop takut pasangan nampak apa yang ditengok. Jadi ambik langkah selamat, layari internet kat handphone. Lebih baik kita periksa handphone dia, entah² hari² dok tengok laman web lucah. Simpang malaikat 44!

Buruknya pulak, kita kurang menghormati hak suami isteri. Manalah tau ada kawan yang meluahkan perasaan tertekan dekat pasangan kita, jadi bila selalu sangat periksa handphone dia tak pasal² terbaca rahsia kawan pasangan kita. Pastu sibuk pulak tanya kat pasangan, mesti pasangan akan marah sebab haknya tak dihormati.

Ada lagi tak yang buruk? Ada, takut menimbulkan syak wasangka yang bukan². Manalah tau masa periksa terjumpa SMS yang lain sikit, terus melenting dan marahkan pasangan. Terus kata mereka curang dan ada orang lain, padahal SMS tu ada orang tersalah hantar dan pasangan kita terlupa padam. Tak ke haru macam ni, kita dah syak yang tak baik.

Bagi Mas senang, saling percaya mempercayai. Masing² tahu tanggungjawab bagaimana nak jaga hubungan dan hati pasangan. Kalau rasa curiga, bawa berbincang, selesai cara baik.

13 ulasan:

  1. Tak pernah check... selalunyer kalau ada yg tak kena insyaallah isteri ada deria ke 10 hihi...

    BalasPadam
  2. bg saya suami isteri xde istilah privasi kerna semuanya xde rahsia lagi...masing2 kena jujur.

    BalasPadam
  3. Oooo no no no...
    Bukan tidak mempercayai..
    Prevention is better than cure..
    Kepercayaan itu perlu but it takes two..
    Jgn bila dah terlanjur berlarutan baru dpt tahu...
    Bg tea, hak isteri itu ada...
    Cuma batasi dengan checking randomly..
    Sesekali...

    BalasPadam
  4. setakat ni suami atau saya tak de masalah kalau nak belek henpon..saya pun kalau belek tak de la sampai tanya ni sms sapa.ni sap ahantar..setakat baca2 sms tu biasa la..percaya kat dia dah la.tapi ada jugak setengah suami yang melenting tak tentu pasal bila isteri belek3 enpon dia..ha!!!tu mungkin ada sesuatu..kena was2 tu..heheh

    BalasPadam
  5. hermm .. xpayah kut .. kalau dah percaya .. check buat apa lagi .?

    BalasPadam
  6. kenapa nak cek kalau percaya, yang penting jujur. nak cek pun, cek jela, bukan ada apa pun. :)

    BalasPadam
  7. selalunya cek jugak, dia pun cek, kalo bg maknanya tak da apa2 la tu, :)

    BalasPadam
  8. uncle suka di pantau...

    haha

    BalasPadam
  9. cukup la sekali kepercayaan tu dikhianati, mmg susah nak percaya lagi..

    sebagai langkah berhati2, mmg selalu check. xmo pisang berbuah 2 kali

    BalasPadam
  10. tak ada pasangan lagi.. hehe...
    tapi, kalau masih ada percaya, rasanya tak perlu, kan?
    ^^

    BalasPadam
  11. berani kerana benar.
    takut kerana salah.

    apapun kena jugak check.

    BalasPadam
  12. assalamualaikum mas...ntah la susah gak kan tapi kekadang tu kena juga cek satu2kan...

    BalasPadam
  13. emm, bg namee ok kalau nak check hp pasangan tp jgnlah keterlaluan smpai nampak kita tak caya langsung kt dia. kan ? tp, betullah...takut juga kalau pasangan dah hanyut leka bermanja dengan org lain dalam phone. bahaya.kena pantau juga .

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com