mrs secretary

Jumaat, 20 Januari 2012

Cinta dulu cinta sekarang

Assalamualaikum...(^ ^)


Kalau kita tengok memang banyak perbezaan antara cinta dulu dan cinta sekarang. Cinta dulu malu² tapi cinta sekarang tak tahu malu. Mungkin bagi sesetengah orang sekarang, cinta tu umpama dah dapat tiket kebebasan. Kebebasan untuk keluar berdua²an, berpegang tangan malah hingga ke bilik hotel. Berkorban untuk cinta sampai maruah tergadai.

Cinta dulu
Kalau nak luahkan rasa kasih sayang takdelah secara terang²an. Luah dalam surat cinta, hanya kita dan pasangan sahaja yang tahu.

Panggil saya awak je, tak pun panggil nama. Seganlah nak panggil abang ke, sayang ke.

Usahkan nak bawa balik ke rumah, nak hantar depan pintu pagar pun dah takut. Takut ayah kita tunggu dengan muka bengis dan parang di tangan, kang tak pasal² kena tetak.

Tapi cinta sekarang
Luah dekat Youtube, semua orang boleh tengok. Takde langsung rasa malu, tapi bila orang dah kutuk dan mengata tau pulak nak malu kan? 

Baru 2 minggu bercinta dah boleh panggil papa dan mama, amboi!

Berani bawa masuk rumah curi² masa mak ayah takde, nauzubillah!

Banyak sebenarnya beza cinta dulu dan sekarang, tapi Mas tulis 3 yang utama. Kalau anak² remaja sekarang tak terlalu taksub dengan cinta, tidak akan ada kes buang² bayi ni. Cinta mereka hanya berlandaskan nafsu semata². Sepatutnya jadikan cinta itu amanah dari Allah, pelihara dan jaga ia sebaik²nya. Baru berkekalan!

8 ulasan:

  1. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. buat masa sekarang ni..
    belum buat lagi cinta sekarang tu..
    nak jadi cinta macam dulu lah..
    errrr...

    BalasPadam
  3. bercinta lepas kahwin lagi bagus.. halal dan diberkati! dapat pahala lagiii :)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...cinta yg Allah bagi pada seseorang sepatutnya haruslah ianya dijaga agar cinta itu menjadi satu amanah yg berharga tapi ramai budak2 skg langsung x pandai menghargai erti cinta yg sejati tu main boh jer sesuka hati x kira halal n haramnya...:)

    BalasPadam
  5. setuju dgn entry ini.. =)

    *salam..tumpang lalu..blogwalking*

    BalasPadam
  6. Dulu.. Takde internet...
    Takde telefon bimbit...
    Semua takde...
    Sekrang semua infra itu penyumbang utama..
    Dalam aktiviti sumbang sekarng ini..

    BalasPadam
  7. cinta sekarang lebih open n takde reti malu.

    BalasPadam
  8. poneng kepalo den bile ngenangkan pasal cinta

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com