mrs secretary

Isnin, 9 Januari 2012

Cinta sebelum kahwin

Assalamualaikum...(^ ^)


Bukannya Mas nak menyokong yang cinta sebelum kahwin tu bagus, tapi ianya berkisarkan pengalaman sendiri. Lagipun lain orang lain caranya kan? Tak semua cinta sebelum kahwin membawa kepada kehancuran rumahtangga dan membawa kepada kancah maksiat, janji kita tahu jaga batas² pergaulan. Tepuk dada tanya hati masing²!

Mas memang lama bercinta sebelum kahwin, hampir 6 tahun. Tapi percintaan kami masa tu bukanlah seperti percintaan zaman sekarang. Zaman sekarang hubungan cinta dah mengalahkan hubungan suami isteri, berpeluk sakan di khalayak ramai pun tak malu.

Mas dulu bercinta jarak jauh, jumpa pun bukan selalu. Percintaan hanya dihubungkan melalui telefon dan surat cinta. Tapi alhamdulillah, sampai sekarang cinta kami masih kekal. Masih seperti kami bercinta dulu, tak pernah hilang rasa cinta itu.

Sebenarnya apa perlu untuk cinta sebelum kahwin ni ialah jaga batas pergaulan, janganlah terlalu bebas dan elakkan selalu berjumpa. Ini untuk mengelakkan berlakunya maksiat dan perkara yang dilarang. Pastu yang paling penting jadi diri sendiri, jangan hipokrit. Takut nanti bila dah kahwin baru terbongkar satu persatu siapa diri kita sebenarnya. 

Mas tak nak bercerita panjang, takut nanti dikata menggalakkan cinta sebelum kahwin pulak. Cuma bagi Mas cinta sebelum kahwin ialah peringkat mengenali hati budi masing², tidak lebih dari itu.

Kepada yang sedang bercinta, moga cinta anda itu berada di landasan yang benar. Moga ia kekal hingga ke akhir hayat.

10 ulasan:

  1. cinta sebelum kwen kita perlu bijak =)

    BalasPadam
  2. kadang2 sekarang ni dah trend balik cinta selepas kawen kan....

    BalasPadam
  3. erm...pergaulan perlu dijaga sebenarnya, skrg nie ikut trend katanya.

    BalasPadam
  4. ada baik n buruknya
    tapi jaga diri la ek!

    BalasPadam
  5. cik mas, same la kite.PJJ. hehe~ tp sbnrnye PJJ tu yg membantu kurangnya maksiat dan ingatkan kita pada batas2 lelaki-perempuan.yg penting, dua2 kena ada basic agama yg kuat, barulah tak terjerumus dalam perkara yg tak sihat. =)

    BalasPadam
  6. zaman sekarang ni kalau nk bercinta lepas kahwin..mungkin tak selamat. sbb org zaman skang bukan mcm zaman dulu. mahu ke terkahwin dengan org kaki pukul :(

    BalasPadam
  7. assalamualaikum mas...betul tu moga bercinta sebelum kawen tu mnegikut landasan yg benar...:)

    BalasPadam
  8. yg pntg kene tahu matlamat kenapa bercinta.. :))

    BalasPadam
  9. Kak Mas kita sama bercinta jarak jauh...dan mungkin selepas kahwen tetap akan jauh.. huhuhu~

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com