terkini dan sensasi

Rabu, 4 Januari 2012

Fahami perasaan anak

Assalamualaikum...(^ ^)


Kadang² Mas rasa bersalah dengan anak², terutamanya bila marahkan mereka. Selalu lupa nak cuba fahami perasaan mereka, mungkin tengah marah kan? Bila marah dah reda baru sedar yang Mas dah guriskan hati mereka, mungkin mereka tak tunjuk rasa sedih tu tapi boleh nampak dari air muka. Anak² ni susah nak tunjuk rasa tu.

Diakui memang Mas ibu yang garang, itu dululah. Sekarang Mas tak suka marah tak tentu pasal, cuma kadang² bila dah geram termarah jugak. Sebab itulah tak terperasan perasaan anak² terguris.

Jadi pendekatan yang Mas ambik ialah minta maaf bila dah marah mereka, cakap yang Mas sayang mereka dan Mas marah sebab anak² mama nakal. Bila dengar mamanya cakap camtu terus mereka tak terasa hati dan sedih lagi.

Ternyata cara tu berkesan! Bukan susah kan nak jaga perasaan anak², janji cara kita tu betul. Nak pulak anak² dah semakin besar, lagilah mudah terasa hati.

Fahami perasaan mereka tu penting walaupun kita tengah marah.

16 ulasan:

  1. tu la die.. Mak mak ni memang cepat emosi sikit.. Samalah saya.. anak baru setahun teruk kena marah je... dah marah baru rasa kesian pulak..adoii kdg2 boleh tahan gak..tapi banyak yg tak boleh tahan.

    BalasPadam
  2. bkn anak2 je...semua org. bila nak marah tu pk dulu perasaan org yg kite nak marah.. kn =)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...betul2 mama sokong 100%....:)

    BalasPadam
  4. betullah tu, cara didikan kak mas, manjakan sgt pun xbley, garang sgt pun xbley...

    BalasPadam
  5. yap, PDKT system is very useful and effective for the children. anak kecil hatinya sangat sensitif, tapi mereka senang dipujuk ;)

    BalasPadam
  6. fuh, belum ada anak ni, terasa pula tak sabarnya, hee. :)

    BalasPadam
  7. bukan senang nak membesarkan anak kan mas... kita samalah.. Akak pun ibu yg garang jugak hehehe

    BalasPadam
  8. yuppp sama le, bila marah x hengat yg anak2 tu masih kecil.. abis tu time dia orang tdo, berjurai2 air mata akak nangis nyesal sambil cium pipi dia orang....

    anak akak plak bila kene marah, menjerit2 panggil abah abah.... emak dia orang ni 'jahat' ke sampai abah jd 'penyelamat'?

    BalasPadam
  9. hopefully anak akk baca entry ni.hehe

    BalasPadam
  10. heeee
    kalau nk jadi mama nnti
    kene blaja dr akak ni ;))

    BalasPadam
  11. betul3.
    sebagai seorang anak saya menyokong seratus dua persen. kikiki

    BalasPadam
  12. kak mas ni memang mak yang understanding la :)

    BalasPadam
  13. garangnya cik abang tu...

    macam nak bertumbuk!

    BalasPadam
  14. Kadang kadang kalau lagi marah,lagi dorang memberontak yer tak? :P

    BalasPadam
  15. sy marah adik sy pun sy rse serba salah lepas tu. hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com