Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 13 Januari 2012

Genap setahun!

Assalamualaikum...(^ ^)


Alhamdulillah, pejam celik dan masa silih berganti dah setahun usia massaari.com. Bermula dengan 1 follower hingga hari ini mencecah hampir 1500 follower, tak sangka ia semakin dikenali oleh pembaca. Satu pencapaian yang tak pernah Mas jangkakan, maklumlah hanya blog picisan.  

Banyak dah Mas korbankan masa dan tenaga untuk blog ini, pernah bersekang mata untuk buat yang terbaik untuk dia. Cuba cari identiti dan hasilkan penulisan yang terbaik untuk dia. Akhirnya penat lelah itu berbaloi, dia makin dikenali dan ramai kawan yang baik Mas dapat darinya. 

Mas tak harapkan wang ringgit darinya, cuma kalau ada rezeki dia Mas terima. Hanya kepuasan yang Mas dapat bila menulis di dalamnya, dapat berkongsi rasa dan percaya dengan para pembaca. Moga mereka mendapat sedikit ilmu dan manfaat darinya, moga cerita di dalamnya memberi sedikit kesan dan teladan di hati pembaca.

Mas akan bersama blog ini selagi mampu menulis, walaupun kadang² ketandusan idea tapi terasa sayang nak biarkan dia sepi tanpa cerita. Seronok berkongsi kisah di dalamnya, kisah yang boleh dijadikan kenangan. Kisah yang boleh buat orang tersenyum bila membacanya.

Harapan untuk blog ini, moga ia terus dikenali. Wujud di dalam hati setiap pembaca bila massaari.com disebut. Biar dia bertahan hingga ke tahun kedua, ketiga, keempat, kelima dan selagi jari ini mampu menulis untuknya. Selagi idea tak kering untuk berkongsi cerita di dalamnya.

Terima kasih pada kawan² yang banyak memberi sokongan, sudi membaca kisah di dalamnya walaupun sekadar cerita biasa, Sudi memberi kata² semangat saat dia diserang haters dulu. Sudi meringankan jari jemari menaip komen untuknya setiap kali dia kongsikan cerita. Moga sedikit sebanyak kawan² dapat manfaat darinya, dan persahabatan kita dari blog ini akan kekal selamanya walau tak pernah bersua muka. Penulisan ini yang merapatkan kita.

Happy 1 Year Anniversary massaari.com!

18 ulasan:

  1. owh tahniah ye sis!saya kenal blog ni pun dari ben ashaari masa bw.dan mmg suka sggh sini baca entri.

    kdg2 saya jadi silent reader,tapi selalunya saya sggh mesti komen hehehehe.spjg setahun saya perasan adakalanya entri sis meluahkan rasa kecewa sbb ada blogger yg beri feedback -ve pada sesetengah entri sis yg peribadi.itukan hak sis sbb blog ibarat diari kehidupan yg ingin kita kgsikan bersama kawan2.

    teruskan meulis dan berceriat kerana kami semua setia di sini :)

    owh saya kena beguk masa darjah 6 dulu,susah juga sis kena masa dah dewasa ni ye sebab kena mc,kesian anak2 mamanya tak sihat.smga cpt sembuh tau!

    BalasPadam
  2. hehe .. tahniah kak .. apix skong akak ,,

    BalasPadam
  3. dah setahun? tahniah. teruskan usaha. :)

    BalasPadam
  4. tahniah kak.moga lagik rajin upate blog oke!

    BalasPadam
  5. happy 'bird' day!

    jangan benti blogging ya!

    BalasPadam
  6. salam perkenalan..nice blog..dah follow ur blog. Feel free to visit n follow my blog..:)

    BalasPadam
  7. Samalah kita... Tea juga bercuti

    BalasPadam
  8. Samalah kita... Tea juga bercuti

    BalasPadam
  9. Samalah kita.. Tea juga bercuti..

    BalasPadam
  10. wow bayak nye folower..:)
    mintak sikit leh..
    nice blog...



    Jom tgok kat sini kejap..ade name u la >>> Jangan tak caye ade awie jemput saye..

    BalasPadam
  11. alhamdulillah da stahun akk nye minat berblog msih ade


    hope akk berjaye

    cm akk ckp ngn ifa ms kite jmpe dlu

    BalasPadam
  12. assalamualaikum mas...tahniah 1 anniversary untuk massaari.com....moga sentiasa membawakn cerita2 yg best2 lg nanti yer...:)

    BalasPadam
  13. cara kaka tulis dalam belog memang buat orang tekan older post :)

    happy blogging ..

    BalasPadam
  14. alhamdulillah :)

    seronoknyee..mmg sgt mmbanggakan la pencapaian akak ni :)

    chayok2 kak..harap dpt jmp akak someday..kiki :p

    selamat hari lahir massaari.com :))

    BalasPadam
  15. Selamat ulang tahun yang pertama. Tahniah sekali lagi.

    BalasPadam
  16. Selamat ulang tahun yang pertama untuk Blog Kak Mas :)

    BalasPadam
  17. akak, tahniah !! namee pun dah masuk setahun !!! :D selamat harijadi untuk kak mas juga !! :D

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com