terkini dan sensasi

Isnin, 2 Januari 2012

Hadiah tahun baru

Assalamualaikum...(^ ^)

Hehehee, senyum lebar sampai ke telinga!

Bukannya nak menunjuk kawan², sekadar berkongsi kegembiraan ni.

Tak sangka pulak awal² tahun ni dah dapat hadiah. Memang husband pernah cakap nak belikan, tapi ingatkan lambat lagi. Pastu semalam dia kata nak naik keretalah pergi kerja, nak basuh katanya. Tiba² pagi ni balik dia dah senyum² kat Mas, pelik jugak kan? Apalah maknanya tu.

Terus suruh Mas tengok apa kelainan kat kereta. Mas pun perhatikan Vee atas bawah, tak perasan pun apa² yang nampak lain.

"Cuba tengok kat tayar." kata husband.

Pandang tayar kereta dan terus tersenyum lebar, akhirnya impian nak dapat sport rim baru dah terlaksana. Bukan setakat sport rim baru, tayar pun baru. Cepat pulak husband tunaikan impian Mas. Ada rezeki lebih jadi dia belikan terus, kalau tak beli takut terguna pulak duit tu. Katanya nak gembirakan hati isteri, camnilah!

Huhuhuu, terharu sangat. Terima kasih abang!


8 ulasan:

  1. kehkehkeh pas ni kak mas bergaya lah. pandu dgn cermat.

    BalasPadam
  2. apsal tak mintak kete baru terusss.. hehe

    BalasPadam
  3. wallah
    sonok la kan
    alhamdulillah :)
    makin comel la kete akak ye :))

    BalasPadam
  4. syoknya kalau suami bagi surprise..
    :)

    BalasPadam
  5. cantik berkilat2 haa ! :D ALhamdulillah rezeki akak :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com