terkini dan sensasi

Isnin, 30 Januari 2012

Ikut cakap anak

Assalamualaikum...(^ ^)


Pernah tengok tak mak ayah yang ikut cakap anak dia 100%. Apa yang anak dia suruh, dibuatnya. Apa yang anak dia cakap, diikutnya. Anaknya marah ke, anaknya mengamuk ke tetap dilayan karenah anak tu. Sampai kan semuanya macam ikut telunjuk anak dia je.

Mas pernah tengok orang camni, apa anak cakap pasti dia akan ikut. Tak pernah sekali pun dia marah anaknya kalau budak tu buat perangai. Pernah sekali Mas tengok anak dia siap pukul kepala ayahnya dan tarik tudung maknya, sebab mak ayah dia pergi ambil adik dulu kat pengasuh pastu baru ambik dia kat kelas agama. Budak tu tak mahu camtu, mesti ambik dia dulu baru ambik adiknya.

Kalau Maslah, anak camtu memang siaplah kena. Bukannya nak pukul dan marah tak tentu pasal, tapi memang patut kita marah kan? Tak kanlah mak ayah pulak nak ikut cakap dia 100%, macam dia pulak lebih besar dan dewasa. Mak ayah macam orang asing bagi dia. Dahlah budak lagi, baru umur 8 tahun.

Kita sebagai mak ayah boleh nak ikut cakap dan kehendak anak, tapi biarlah sekali sekala dan atas sebab yang musabab. Ada kepentingan dan keperluan kita dengar cakap anak, tapi kalau setakat nak dengar dia merengek² minta mainan ke, minta itu ini ke, jangan diturutkan. Nanti jadi macam kes kat atas, anak sanggup pukul dan marah mak ayah sesuka hati.

Nak sayang anak dan manjakan anak bukan camtu caranya, biarlah dengan didikan yang penuh kasih sayang dan ada ketegasan di dalamnya.

14 ulasan:

  1. bahaya didik anak macam tu...besar nanti dia jadi pentingkan diri dan kurang ajar..siapa tak sayangkan anak kan..tapi bila anak buat salah,dia patut terima hukuman atas apa yang dia buat.manja2 jugak..tapi salah tetap salah.

    BalasPadam
  2. Saya sokong entri mas ni 100 peratus. Kalau manjakan sangat anak ni satu hari nanti boleh pijak kepala kita. diaorang dah tak nak dengar dah cakap. Sebab seblum ni makbapak yg dgr cakap diaorg.

    BalasPadam
  3. jgn ikut je ckp ank tu

    lau slh betolkan

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...betul tu mmg ada ibubapa yg terlampau mengikut sgt peel anak mereka yg mcm tu...

    kalau x dididik ngan betul mungkin sampai besar peel dia akan jadi makin teruk dan kurang ajar ngan org tua...:)

    kena ada didikan yg betul kalau dah besar mungkin dah terlambat...

    melentur buluh tu biarlah dr rebungnyakan...kalau dah jadi buluh dah x boleh nak buat apa2 lg...

    BalasPadam
  5. biar betul....ada juga eh budak mcm nie. nie kes 1st saya dgr kak

    BalasPadam
  6. jangan terlalu dimanjakan.. jangan terlalu dimarah... hehe.. kena pandai seimbangkan.. =)

    BalasPadam
  7. kadang2 kta kena berkeras dengan anak ni,,
    jangan ikut je sampai suatu tahap,kepala kita pun dia pijak..
    kan? ^^,

    BalasPadam
  8. anak sekecil itu terpaksa tuding pada org tuanya... asalnya dari kain putih, kita corakkan....

    BalasPadam
  9. setuju..one of my relatives pun mcm tu..bpknya tak pernah lgsung nak marah,anak panjat belakang ketuk kepala,pukul (anak 5 thn) tk mrh lgsg.nsb baik bini tu grg jugak..tp bila tgk anak dia melampau smpi dgn org lain pun nak buat prangai mcm kat rumah,degil,suka menjerit,kita tegur dia mrh kita blk, meluat jugak tgk wlpun depa ni budak lagi..jadi sy rasa anak2 ni kene jugak mrh bg dia tau bnda yg kita tak suka dia buat.mcm anak saya pun sy mrh,pukul jugak kalau dia buat prangai melampau..so far takde lg la sampai pengsan kat supermarket sebab nak mainan jugak2.dia mintak je.klu kita tak beli pun dia tak kata apa.kita pun kesian anak kan, beli jelah..asalkan dia happy :)

    BalasPadam
  10. anak2 tak berani nak buat camtu dgn kak liza. mana boleh manjakan sangat.. boleh nak manja tapi jgn sampai merosakkan akhlak budak tu.

    BalasPadam
  11. salam sis mas. maera setuju ngan sis.kalau manjakan sgt, takut jadi tak terkawal.maera suke cara org dulu2 didik anak2. tegas, tp penuh kasih syg.rotan-rotan jugak, pujian pun ada jugak. =)

    BalasPadam
  12. penah gak rara tgk kak mas.huh knp lah ada mak ayah yg bersabar sungguh kan dgn anak cm ni.kalau rara dh lama kena dh,hehehe

    BalasPadam
  13. tp anak pun jd manja sgt lah kalau gitu. dipijak pulak kepala. so hak mak bapak pun entah ke mana :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com