Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 26 Januari 2012

Jual untuk kaut untung

Assalamualaikum...(^ ^)


Pelajar sekarang untung kan, siap dapat baucer bantuan untuk beli buku lagi. Tak perlu susah² nak mintak duit dekat mak ayah. Masa Mas belajar dulu, terkial² kumpul duit nak beli buku. Memang tak merasa nak beli buku baru, mesti beli buku second hand dari senior. Itu jelah yang termampu. Kalau tak dapat kumpul duit terpaksa tunggu duit pinjaman masuk untuk beli buku. 

Tapi di sebalik keuntungan itu ada jugak yang bersikap pentingkan diri sendiri, sanggup jual baucer yang diperolehi menerusi internet. Dah bagi kemudahan dan kesenangan, jalan salah jugak yang mereka pilih. Sepatutnya hargailah pemberian itu, bukan senang nak dapat. Cuba fikir pelajar lain yang tak pernah dapat pun bantuan camni.

Kalau banyak duit sekali pun jangan ambik jalan mudah, maklumlah kau mampu dan banyak duit. Jadi tak perlukan baucer tersebut. Kalau tak memerlukan pun, apa salahnya beri kepada kawan yang memerlukan. Jangan pulak kaut keuntungan darinya, tak berkat kau belajar nanti.

Dah beri kesenangan pun masih tak tau menghargai. Apa nak jadi pelajar sekarang, nak kata tak pandai semuanya genius belaka.

9 ulasan:

  1. tu lah..akak dgr jg kecoh2 kat Tv.. Harap2 lps ni x berlaku lg kejadian ambil kesempatan mcm tu, x tau bersyukur dorang ni..

    BalasPadam
  2. memang betul-betul nak mengaut untung tu..ada juga dengar kes ni masuk surat kabar

    BalasPadam
  3. memang betul-betul nak mengaut untung tu..ada juga dengar kes ni masuk surat kabar

    BalasPadam
  4. erm apela dak2 ni

    bg kat kami y tak dpt ni

    dpt pahala

    BalasPadam
  5. tak sangka lak jd cm tu kan.budak skrg ni terlebih bijak.

    BalasPadam
  6. itu saya tak peduli kak mas...yang saya peduli di zaman saya takde faedah begini rasa jeles giler.

    BalasPadam
  7. sy pun ada nampak gak. tak menghargai. :(

    BalasPadam
  8. bestnye dapat voucher... banyakk pulak tuuuu

    BalasPadam
  9. budak2 yg menjual vocer ni memang la... dapt betis nak peha.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com