Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 31 Januari 2012

Kelemahan wanita terhadap rasa dan kehendak

Assalamualaikum...(^ ^)


Kenapa selalu dikaitkan wanita dengan insan yang lemah, sebab wanita ni memang ada kelemahan dia. Tapi bukan lemah dari segi mental dan fizikal, cuma lemah dalam melawan rasa dan kehendak terhadap beberapa perkara. 

Sebagai wanita memang Mas akui akan kelemahan ni, kadang² susah nak lawan semua tu. Apa dia kelemahan tu, jom kita tengok sama². Siapa yang rasa dirinya wanita tu janganlah tak nak mengaku pulak, dah memang ini kelemahan kita.

Kelemahan yang ketara, pantang tengok ada sale. Wanita mana tak suka sale, sila angkat tangan! Mesti takde kan? Haruslah suka, nak pulak sale seperti handbag, kasut, baju dan aksesori. Tak kisah berhabis duit demi nak pulun beli, bila duit dah habis baru nak mengeluh. Memang susah nak kawal nafsu kalau tengok sale ni, Mas pun sama.

Ini pun kelemahan jugak, mudah sangat terpengaruh. Maksudnya terpengaruh dengan sikap dan perwatakan orang lain. Misalnya tengok orang pakai pakaian mahal², kita pun nak ikut. Padahal kita takde kewangan yang cukup pun nak beli pakaian tu. Tapi terpengaruh punya pasal, kita sanggupkan jugak. Kadang² Mas terpengaruh jugak, tapi takdelah sampai nak beli. Memang tahu diri tak mampu.

Lagi satu kelemahan, mudah merajuk tak tentu pasal. Ini lebih merujuk pada diri sendirilah. Kadang² tu hal yang terjadi takde serius mana pun, tapi nak jugak merajuk. Saja nak dapat perhatian lebih dan nak husband pujuk. Husband Mas memang lemah kalau bab² merajuk ni sebab dia tak suka pujuk. Tapi nak buat camne kan, itulah kelemahan wanita.

Ada lagi tak? Ada lagi sebenarnya tapi ini saja yang Mas nak kongsikan. Bagi Mas biarlah kita lemah terhadap perkara sebegini daripada kita lemah dalam melawan hawa nafsu yang menjurus ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.

17 ulasan:

  1. saya pun payah nak lawan nafsu bila jumpa sale tu...

    BalasPadam
  2. Betul tu Mas.. lemah lutut bila tgk h.beg sale cantik2 kat mall..hehe

    BalasPadam
  3. lemah iman paling bahaya.>:)

    BalasPadam
  4. memnag x leh lari dari shopping

    BalasPadam
  5. yang penting jgn lemah selalu. kuatkan semangat ok.
    jemputla singgah ye
    http://awieomar.blogspot.com/2012/01/10-perkara-yang-buat-cikgu-marah-giler.html

    BalasPadam
  6. tang sale tu mmg lemah.tapi kalau poket nipis takde guna jugak.tahan jelah..heheh

    BalasPadam
  7. lemah semangat tengok tang sale tu mas..tapi bila dah membeli baru congak sana sini habis pun dok claim balik dekat En Habi..hikhik..teruk tul perangai saya :s

    BalasPadam
  8. lemah tu tak ape lagi.
    jangan lemah semangat.
    hehehe.

    sale sale.
    awal tahun ni tak ada sale ke kak mas?

    BalasPadam
  9. betul tu..mmg takleh tahan bila tgok sale.kl bleh nak borong habis-habisan.

    BalasPadam
  10. merajuk tu betul sebab kita perlukan perhatian sebenarnya...

    sale tu bergantung juga pd individu.. sekarang tak kira jantina dah part sale..

    terpengaruh tu sebab kebarangkalian mengumpat terutamanya kalau ade geng2 ofis ke tgh berkumpul ke... ishh

    BalasPadam
  11. bila jd surirumah ni kelemahan nafsu membeli belah tu jd kental sbbnya takde gaji sendiri. So, nak berbelanja pun ikut kemampuan je.. lama2 bila dh biasa, sale ke apa ke.. dh tak berapa teruja. tp kalau sesekali keluar tu jd rambang mata jugak.

    BalasPadam
  12. assalamualaikum mas...betul tu mas kalau bab ada sale ni cepat jer duit tu nak kuar kalau ikutkan hati mmg boleh mati jadinya...kena selalu menahan nafsu yg x penting...:)

    BalasPadam
  13. shopping sekarang sama naik jer kak. baik lelaki atau perempuan

    BalasPadam
  14. rara selalu suke sgt nk bli barang.nk bli tu,nk bli ni.smpai kadang2 tepuk dada sendiri,tanya perlu ke tidak.kalau x,betul kan balik niat tu.heee

    BalasPadam
  15. Sallam,

    Singgah sini jap,
    Cantik blog ni, penuh info.
    Duit ada apa salahnya membeli.

    BalasPadam
  16. jom join giveaway dari yaya :)
    http://hazardeousme.blogspot.com/2012/01/yayas-first-giveaway.html

    BalasPadam
  17. perempuan ni mudah terpengaruh juga. itu lumrah :) hehe.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com