Assalamualaikum...(^ ^)
Langit tak selalunya cerah dan kita tak selalunya bertuah.
Ingatlah, sekali kita terlepas dari kesalahan yang kita lakukan tak bermakna kita akan terlepas buat kali kedua. Bak kata pepatah "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua!"
Jadi kalau pernah menipu untuk pertama kali jangan menipu untuk kali kedua, takut nanti penipuan kedua kita itu dapat dikesan. Susah nak terlepas buat kali kedua. Sebab itu Mas selalu ingatkan anak², jangan tipu mama. Sekali mungkin mama tak tahu, tapi kali kedua jangan harap boleh terlepas.
Kita hidup hanya sekali, jadi manfaatkannya. Mungkin kita pernah buat silap, dan itu sudah pasti. Kerana manusia memang tak lari dari kesilapan, tapi janganlah pulak kita nak ulangi kesilapan itu buat kali kedua. Sedangkan langit tak selalunya cerah, inikan pula nasib kita.
Jangan ulangi kesilapan lalu!
betul tu kak. jadikan kesalahan lalu sebagai pengajaran kan..:)
BalasPadamkepercayaan orang lain pada kita pun mungkin tercalar sedikit..
BalasPadamnadh tanak ulang kesalahan dulu kak. nak jadi lagi baik dari dulu. kak doakan nadh ye :)
BalasPadamsalam perkenalan daripada Kancil...
BalasPadamkancil datang singgah sini selepas blog Mama kenalkan kancil pada blog ini...nice entri...memang betul...kesilapan lalu membuat kita lebih berwaspada
hargai peluang y ade
BalasPadamxkn dtg byk kali
pantang sungguh kalau kena tipu...
BalasPadammemang susah nak caya da lepas tu..huhuhu
Sentiasa beringat dan berwaspada.. Bersedia untuk sebarang kemungkinan...
BalasPadamyupp sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga,.. so jgn fikir org lain tu x pandai ek,...sekali terkena, pisang x kan berbuah dua kali...
BalasPadamSetuju la dengan pendapat akk. Lagipun blog nie pown memang penuh dengan nasihat suka! lain kali boleh la singgah selalu. Jemput datang blog kite sekali ea?
BalasPadamas,salam kak mas: kita hidup hanya sekali... jadi manfaatkannya! keh suke benor ayat awok tu kak. sangat bermakna pada keh nie
BalasPadamassalamualaikum mas...betul tu kesalahan pertama jadikanlah sempadan agar tidak akan mengulanginya utk kali yg kedua...:)
BalasPadambaikk kak :)
BalasPadamsy ingat pesan akak ni :))
hidup tidak selalunya indah. Langit tak selalu cerah.
BalasPadamkesilapan kalau tak disengajakan takpe juga. jgn sengaja diulang ulang.
BalasPadam