Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 27 Januari 2012

Langit tak selalu cerah

Assalamualaikum...(^ ^)


Langit tak selalunya cerah dan kita tak selalunya bertuah. 

Ingatlah, sekali kita terlepas dari kesalahan yang kita lakukan tak bermakna kita akan terlepas buat kali kedua. Bak kata pepatah "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua!"

Jadi kalau pernah menipu untuk pertama kali jangan menipu untuk kali kedua, takut nanti penipuan kedua kita itu dapat dikesan. Susah nak terlepas buat kali kedua. Sebab itu Mas selalu ingatkan anak², jangan tipu mama. Sekali mungkin mama tak tahu, tapi kali kedua jangan harap boleh terlepas.

Kita hidup hanya sekali, jadi manfaatkannya. Mungkin kita pernah buat silap, dan itu sudah pasti. Kerana manusia memang tak lari dari kesilapan, tapi janganlah pulak kita nak ulangi kesilapan itu buat kali kedua. Sedangkan langit tak selalunya cerah, inikan pula nasib kita.

Jangan ulangi kesilapan lalu!

14 ulasan:

  1. betul tu kak. jadikan kesalahan lalu sebagai pengajaran kan..:)

    BalasPadam
  2. kepercayaan orang lain pada kita pun mungkin tercalar sedikit..

    BalasPadam
  3. nadh tanak ulang kesalahan dulu kak. nak jadi lagi baik dari dulu. kak doakan nadh ye :)

    BalasPadam
  4. salam perkenalan daripada Kancil...
    kancil datang singgah sini selepas blog Mama kenalkan kancil pada blog ini...nice entri...memang betul...kesilapan lalu membuat kita lebih berwaspada

    BalasPadam
  5. hargai peluang y ade

    xkn dtg byk kali

    BalasPadam
  6. pantang sungguh kalau kena tipu...
    memang susah nak caya da lepas tu..huhuhu

    BalasPadam
  7. Sentiasa beringat dan berwaspada.. Bersedia untuk sebarang kemungkinan...

    BalasPadam
  8. yupp sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga,.. so jgn fikir org lain tu x pandai ek,...sekali terkena, pisang x kan berbuah dua kali...

    BalasPadam
  9. Setuju la dengan pendapat akk. Lagipun blog nie pown memang penuh dengan nasihat suka! lain kali boleh la singgah selalu. Jemput datang blog kite sekali ea?

    BalasPadam
  10. as,salam kak mas: kita hidup hanya sekali... jadi manfaatkannya! keh suke benor ayat awok tu kak. sangat bermakna pada keh nie

    BalasPadam
  11. assalamualaikum mas...betul tu kesalahan pertama jadikanlah sempadan agar tidak akan mengulanginya utk kali yg kedua...:)

    BalasPadam
  12. baikk kak :)
    sy ingat pesan akak ni :))

    BalasPadam
  13. hidup tidak selalunya indah. Langit tak selalu cerah.

    BalasPadam
  14. kesilapan kalau tak disengajakan takpe juga. jgn sengaja diulang ulang.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com