mrs secretary

Jumaat, 20 Januari 2012

Memang kami takde jodoh!

Assalamualaikum...(^ ^)

Erkkk, apa kes pulak ni. Sabar dulu, baca hingga ke titik terakhir!

Entahlah nak cakap banyak pun tak tahu camne. Sakit hati pun ada, sedih pun ada. Tapi mungkin nasib baik tak menyebelahi Mas atau handphone tu ada masalah. Ingat tak entri ni. Baru beli 2 minggu dah rosak, pastu diganti dengan yang baru pun rosak jugak.

Jadi Mas ambik keputusan dah tak mahu ambil 4S lagi, walaupun kedai tu sanggup ganti lagi dengan yang baru. Setelah berbincang panjang semalam, dicampur dengan luahan ketidakpuasan hati. Akhirnya Mas terpaksa ambik Iphone 4, nak ambik jenama lain tak berminat pulak. Kalau ikut hati nak minta semula semua duit, tapi husband cakap ambil Iphone 4

Entahlah kawan², Mas rasa memang 4S ada masalah. Dah 2 buah Mas guna, tetap ada masalah yang sama. Masa Mas pakai 3GS dulu selama 2 tahun tak pernah ada masalah langsung. Taukeh kedai tu pun tak tahu kenapa jadi camni. Katanya mungkin sebab 4S tak boleh jailbreak, tu yang ada masalah. Jadi fikir²kanlah pada kawan² yang berniat nak beli Iphone 4S. 

Tapi boleh tahan jugak ambil Iphone 4 sebab lebih kurang sama dengan 4S, harganya pun lebih murah. Jadi taukeh kedai tu pulangkan baki duit kat Mas, jadi takdelah rugi sangat. Cuma Iphone 4 ada warna hitam je, terpaksa jugak ambil walaupun putih tetap dihati. Sedih sangat!


18 ulasan:

  1. eee, kenapa sampai macam tu ??kira kak mas rugi jugak lah !! tapi kawan2 sy ramai pakai iphone, ada yang cepat rosak , ada yg tahan lama. sian kak mas. sabar okay. :)

    BalasPadam
  2. sy lak dh tobat pakai iphone kak..hehehe

    BalasPadam
  3. Sayangnye beli mahal-mahal jadi camtu lak..

    BalasPadam
  4. apple kan ada worldwide warranty..?

    Mas beli dengan apple atau grey market?

    BalasPadam
  5. ish syg nya sis.knp problem.tu lah org kata,dlm 10 phone mst ada 1 yg prob.tpi bila yg prob tu kena kat kite.cm xbest kan.

    BalasPadam
  6. @gedek!
    saya beli yang original dari apple lah uncle, under maxis!

    memang ada warranty tapi saya tak mahu dah ambil sebab dah 2 kali rosak... so lebih baik tukar pada iphone 4 je! jadi dia pulangkan balik baki duit sbb iphone 4 murah sikit dari 4S...

    BalasPadam
  7. rugi la macam tu..tapi merasa la jugak kan pakai 4s??/heheh

    BalasPadam
  8. @diana
    rugi tu memang rugi! tapi iphone tu harga dia murah sikit, jadi dapatlah balance..

    BalasPadam
  9. siannya Mas..nasib jg kot..hubby akak pakai setakat ni ok je..
    xpe lah, ubah lah selera mana tau kali ni ada jodoh ekk..:)

    BalasPadam
  10. kalau leceh sgt

    bek tak payah kan kak

    atleast da gne skaki due

    BalasPadam
  11. marina dah lame tak upgrade fon2 baru..lagi mahal lagi cepat rosaknyer...dulu nokia 3310 jatuh jamban pon ok lagi...hehe

    BalasPadam
  12. kalau dah 2kali jadi cmtu mmg nmpk gaya xde jodoh la kak...lau sy pun fedap..tak pakai 4S pun takpe lah yg penting hati xsakit

    BalasPadam
  13. cepat rosak ke? nasib bek tak beli lagi..heeee... *takde niat nak beli pun..haha*

    BalasPadam
  14. assalamualaikum mas...kiranya x bagus la jenis tu kan asyik rosak jer...nasib baik boleh juga tukar n dpt balik baki duit tu...:)

    BalasPadam
  15. yana dah pakai iphone 3gs hampir 3 tahun dah kak mas.. tak jadi pape walaupun yana sengaja bagi jatuhkan fon tu banyak kali sebab nak suruh ayah beli fon baru.. tapi tak rosak jugak nak buat acane.. wuwuwuwuuw... iphone 4 sekarang berape kak mas?? kalau jual iphone 3gs ni kita boleh dapat berape??

    BalasPadam
  16. @Yana Nanako
    tulah, akak pun pernah pakai 3GS, memang takde masalah pun! iphone 4 dalam rm2100, pastu kalau nak trade 3GS dalam 500 ke 600 je!

    BalasPadam
  17. La.... macam tu lak jadinya. takpelah mas. iphone 4 pun terbaik gak.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com