terkini dan sensasi

Khamis, 19 Januari 2012

Pergaduhan adik beradik

Assalamualaikum...(^ ^)


Bergaduh adik beradik memang biasa terjadi, tapi bagaimana pulak kalau pergaduhan yang melibatkan kecederaan seperti yang Mas dengar dalam radio pagi tadi. Seorang abang menyimbah adiknya dengan air panas mendidih kerana berang dengan adiknya yang asyik berleter kerana dia malas bekerja. Sampai camtu sekali sikap abang, dek kerana leteran dia sanggup mencederakan adiknya.

Bukannya tak boleh bergaduh tapi kalau setakat kau marah aku, aku marah kau tu cukuplah. Janganlah sampai bertindak drastik sehingga mencederakan, mengugut dan mengaibkan adik beradik. Bak kata perpatah "Air dicincang tak akan putus," begitu jugaklah ikatan kita adik beradik. Walau kita dendam dan marah camne pun dia tetap adik beradik kita.

Cuba kawal sikap marah dengan bawa berbincang bersama², jangan jadikan kemarahan sebagai punca penyelesaian kepada masalah. Jangan ambik sikap sambil lewa, nanti jadi seperti pasangan adik beradik ni. Mula² bergaduh sampai nak ugut bunuh, pastu bila dah aib dan malu sebab ceritanya tersebar luas terus buat kenyataan dah insaf dan minta maaf. Tapi nanti buat lagi, camne tu?

Mas pun pernah jugak bergaduh dengan adik beradik, tapi memang tak pernah lama. Hari ni gaduh esok dah baik, seolah² tiada apa yang terjadi. Arwah mak pernah cakap, "Korang adik beradik susah nak bergaduh lama, sebab mak simpan tali pusat korang dalam satu bekas. Jadi korang akan sentiasa bersatu dan bersama, gaduh teruk mana pun mesti akan baik semula!" 

Mujarab jugak petua mak tu, memang kami adik beradik jarang bergaduh. Kalau bergaduh mesti akan baik semula, tak pernah gaduh lama² sampai tak bertegur sapa. Sekarang Mas amalkan untuk anak².

Samalah kita eratkan hubungan adik beradik, mereka adalah darah daging dan ahli keluarga kita. 

16 ulasan:

  1. akak x simpan dalam bekas tp simpan dalam album tali pusat anak2, buat tatapan sampai dia org besar.. kalau x hancur aar..

    yupp adik beradik ikatannya kuat bab air dicencang x kan putus tp kalau sampai bawak ke mahkamah cam umi dan azwan, malu kuarga je kan...

    BalasPadam
  2. gaduh adik beradik tu bisalah..
    air dicincang takkan putus.
    kta orang2 tua dulu..
    kalau ais?? hurmm.

    selalu je gaduh2...
    pastu baik smule.. hehehe

    BalasPadam
  3. kak mas, saya kalau gaduh dengan adik beradik, sy rse macam nak lari dr rumah je. hehe. tp baik balik..kitorg baik balik dalam sms. hehe :)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas...adik-beradik air dicincang tak akan putus...moga sentiasa bersama-sama...:)

    BalasPadam
  5. yuyu pernah gaduh dengan adik. siap baling penyapu :O

    BalasPadam
  6. gaduh adik beradik tu kadang sakit ati kadang lucu hehe

    BalasPadam
  7. Air dicincang takkan putus... Sedih sampai bunuh adik sebab berebutkan maianan.. Pukul guna objek keras.. Tp. Mereka masih kecil tika itu..

    BalasPadam
  8. rara sama mcm akk,rini gaduh sok baik.xpenah lah smpai xtergur.pape pon kite k adik beradik kita,darah daging tu.

    BalasPadam
  9. gaduh pun memang tak kan lama. masa gaduh tu,rase xnak dah ckp sampai bila bila.

    padahal sok lusa, baek balik -.-'

    BalasPadam
  10. walaupun yana ade dua org je adik beradik.. yana dgn adik je pun.. hehe.. gaduh besar mana sampai tarik2 rambut sekalipun tak sampai sehari dah berbaik ;D

    BalasPadam
  11. memang adik beradik nie ibarat air dicincang takkan putus, pasal ada pertalian darah. kalau bergaduh adat ler kak mas. saya kecik2 dulu pun rajin bergaduh tapi bila besar nie ok jer.rapat dan mesra.

    adik beradik bergaduh tak lama, ibarat carik2 bulu ayam,akhirnya bercantum juga.

    BalasPadam
  12. saya tak rapat dengan adik beradik..kalau ada tak puas hati pun diam je..malas nak bercaKARAN...lagipun bukan selalu jumpa.

    BalasPadam
  13. sedangkan lidah lagi tergigit. inikan pula adik beradik. memang nak kena gigit. apapun air yang dicincang tak akan putus.

    BalasPadam
  14. SAYA GADUH DGN ADK BRDK SY SEJAK SY FORM 1 LG SAMPAI LA SKG DAH MASUK 9 TAHUN HUBUNGAN SY DGN ADK BRDK YG LAIN TERLALU RENGGANG.SY LANGSUNG TAK BERGAUL DGN MRK SEMUA,KDG2 SY RASA TERSISIH.SAYA LEBIH SUKA BERADA DILUAR BERSAMA RAKAN2 SY..SEKARANG SAYA DAH HABIS STUDY DAN TENGAH MENUNGGU PANGILAN KERJA..SY DAH LAMA MENANTIKAN DETIK DIMANA SY AKAN BEKERJA DAN HIDUP SENDIRI TANPA MEREKA SEMUA..KALAU PUTUS PERSAUDARAAN DENGAN MEREKA PUN SY TAK KESAH..SEBAB BAGI SY MEREKA TAK PERNAH WUJUDNDALAM KEHIDUPAN SY.SY SEPERTI SEBATANG KARA TERSISIH DARI KELUARGA DISEBABKAN SIKAP MEMBERONTAK YG ADA PADA DIRI SAYA.

    BalasPadam
  15. sy dengan adk beradik sy selalu gadu sejak sy form 1 lg sampai sekarang dah 9 tahun sy tak bertegur sapa dengan mereka walaupun duduk 1 bumbung..sy sering tersisih dari mereka..sy seperti sebatang kara yg tak punya sesiapa.kadang2 sy sedih dan menagis sendiri,sy baru habis graduated dan sekarang tengah menunggu panggilan kerja..sy tak sabar nak kerja dan bina kehidupan sy sendiri jauh dari kehidupan mereka..bukan niat sy nak putuskan persaudaraan dengan mereka tp sy dah terlalu lama menahan rasa dah tiba masanya sy mencari haluan sy dan bebas dari rasa yg begitu perit..

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com