terkini dan sensasi

Ahad, 22 Januari 2012

Piknik lagi!

Assalamualaikum...(^ ^)


Ini sajalah aktiviti yang boleh dilakukan cuti² ni. Hari ni pun husband off dan kebetulan pulak adik beradik yang menetap kat area sini pun tak balik kampung, jadi terus ajak mereka pergi berkelah. Dah lama rasanya Mas tak bersukaria dengan mereka, maklumlah masing² sibuk.

Destinasi piknik yang menjadi pilihan kami adalah di Pulau Santap, Janda Baik. Mas pernah pergi masa percutian di Janda Baik tahun lepas. Bila adik beradik tengok tempat tu menarik jadi mereka terus setuju nak pergi berkelah di sana.

Bila dah pergi ramai² senang nak bahagikan tugas. Tugas Mas masak Nasi Goreng, perap daging untuk buat Daging Bakar dan beli kerang untuk bakar nanti. Kat situ memang ada tempat untuk buat BBQ jadi senang, tak perlu bawa tempat BBQ sendiri. Hanya beli arang dan bawa bahan² makanan.

Mas dah nak siap untuk pergi, tak sabar nak bergembira mandi sungai dan main water tubing yang Mas tak dapat main masa pergi tahun lepas. Kali ni nak main sampai puas, hehehee!

Nanti Mas update kisah mandi manda kat sana, daaaaa!

10 ulasan:

  1. wah seronoknya dpt berjimba2..hehe
    selamat bercuti mas...

    BalasPadam
  2. beshnya berpiknik ni...
    nanti ada masa nak piknik jugakla =)

    BalasPadam
  3. waaaa... syokkk.. nak pegi jugak.. x penah sampai situ...

    BalasPadam
  4. Salam Mrs secretary,
    Sedapnye dpt mandi sungai... lama betul da tk mandi sg sejak insiden di Ulu Bendul N9 tu.. tetiba rasa rindu pulak :)
    Salam kenal & follow~

    BalasPadam
  5. sy dah lama tak mandi sungai, terjun ke...bila tgk ni..rasa teringin pulak.

    BalasPadam
  6. sy dah lama tak mandi sungai, terjun ke...bila tgk ni..rasa teringin pulak.

    BalasPadam
  7. jom la baca sini
    http://awieomar.blogspot.com/2011/05/10-perkara-berkaitan-dengan-jingga.html
    hehehe paksa mas lak. sori.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com