Assalamualaikum...(^ ^)
Mas bukan seorang yang minat politik, bukannya anti politik tapi kurang suka bab politik ni. Tak mahu dikata anti politik pulak nanti, tapi itu tak bermakna Mas tak ambik tahu langsung hal² politik. Mas baca jugak akhbar dan tonton di TV, tapi sekadar baca dan tengok. Takdelah terlalu memandang serius hal² politik ni. Sekadar ambik tahu untuk pengetahuan, takdelah nanti orang kata buta politik.
Cuma Mas tengok terlalu ramai orang yang fanatik politik, dan oleh kerana anti dengan sesuatu parti mereka sanggup lakukan apa saja. Kadang² tanpa memikir risiko yang bakal mereka terima, janji mereka dapat perjuangkan parti yang mereka sokong.
Tak salah fanatik sebenarnya, tapi biar ke arah yang mendatangkan kebaikan. Apa salahnya kita perjuangkan parti yang disokong dengan cara baik, tanpa menghina dan mencemuh parti yang kita tidak suka. Bersaing cara baik kan lebih sihat dari taktik kotor yang boleh melagakan kedua² pihak. Menang kalah sesebuah parti adalah adat bertanding dalam politik, jangan terlalu taksub!
Mas ingat lagi dengan arwah Abah, dia memang penyokong kuat parti Bulan. Tapi tak pernah langsung dia nak pengaruh anak²nya untuk turut sama menyokong. Dia bagi kebebasan pada kami memilih mana² parti yang dipercayai.
Pernah sekali dia cakap pada Mas..
Pernah sekali dia cakap pada Mas..
"Kamu kakitangan Kerajaan jadi janganlah ikut parti abah, nanti tak pasal² kamu dapat masalah dengan kerja. Abah berjuang ikut kepercayaan abah terhadap parti tu dan kamu berjuang ikut kepercayaan kamu. Menang kalah adat bertanding kan?"
Tengok, walaupun terlalu fanatik dengan parti yang disokong tapi tiada pengaruh negatif di situ. Masih boleh bersaing secara sihat dan di landasan yang betul. Bagi abah semua tu duniawi, bukan boleh bawa mati. Jadi dia tak mahu anak²nya berjuang untuk politik dengan cara yang salah.
Waktu mengundi kita mengundi, pangkah parti yang kita sokong. Kalau keputusan tidak berpihak kepada kita janganlah kecewa, terima dengan hati yang terbuka.
bab politik yg lemah nie huhuhuhu
BalasPadamAs-Salam.
BalasPadamMemang bagus arwah abah tu, cuma segelintir daripada masyarakat ini yang cepat sangat melenting. Bila disuarakan pendapat, mereka terus sangkal. Politik ni memang perlu, tetapi apabila kerja politik tu dah jadi dan bertukar peribadi, ia dah lain.
Lagi2 mereka yang taksub ni... asyik mereka je yang betul. Aduhai aduhai.
ye betul tu.blh berpolitik tapi tujuan asal kenalah ingat.utk kepentingan rakyat juga,semua yg hdk dilakukan perlulah betul2 utk memajukan negara.
BalasPadamtgklah apa dh jadi skrg?msia dah semakin dipdg rendah sbb kontroversi pemimpin dlm semua parti politik tak kira kerajaan ataupun pembangkang.
dok teriak sana,dok maki sini tak guna.apa yg kite buat demi anak bangsa...
ha'aah, yap, you're most right...jangan menyusahkan lagi perkara yang remeh, sebaiknya, kita ikuti saja arus kehidupan di masa kini :) hehe, have a goodday to you and family.
BalasPadamno komen.
BalasPadamsy pun suka amik tahu tp tak minat berpolitik sebenarnya. Dunia politik bg sy cukup2 menyeramkan. Anak beranak blh bergaduh sbb politik.. sedara mara sanggup tak bertegur sapa sebab politik & kawan blh jd lawan sbb politik..
BalasPadamSalam Mas Saari,
BalasPadamkami sokong sepenuhnya dengan entri ini...Kami pun bukan fanatik gak dalam politik just ambil tahu mana yang baik & buruk je...hu3..anyway nice info..
BTW kami dah follow blog Mas Saari, jangn lupa singgah & follow blog kami lepas ni ye.. :-) TQ
www.mylovely-cats.blogspot.com
mls berpikir sal ni kak
BalasPadambab politik ni malas nak fikir.hahaha
BalasPadamassalamualaikum mas...mmg la bab2 politik ni susah kita nak fikirkn biarlah die org yg berpolitik yg uruskn...:)
BalasPadampolitik ni macam telur busuk.bila dibiarkan...tak makan.lagi bagus.ehe
BalasPadamyang pasti...
BalasPadamjadilah pemilih..
mengundi mana yang patut...
sebab tu tanggungjawab kita..^^,
atok tak sokong kedua2 pihak secaro fanatik...tapi atok banyakkan membaco dua2 tu bagi pilihan atok tak bias maso mengundi nanti...
BalasPadamtu la, kekadang pelik dengan orang yang terlalu taksub dengan politik ni. sampai mengutok mencaci sesama agama. cube kalau bersatu, saling mengingati....
BalasPadamgua ade komen blog sis kat blog gua. jangan lupe kutok blog gua plak hehe...
jom jumpe jejaka hensem dan gadis cute SURVIVOR
Hmm bila dah masuk bab politik ni yang kawan pon boleh jadi musuh. Pucuk pangkal hati sendiri,jangan campur aduk kan sume nya sekali. Kalau tak masalah di kemudian ari nanti. -.-'
BalasPadamislam mengajar berpolitik..bagaimana kita membentuk politik agar selaras dgn Islam itu yg penting..apa yg kita lakukan bukan dgn tujuan dunia tp berbalik kepada niat krn Allah...
BalasPadamalamak, tak gi daftar lagi ni.
BalasPadamhari mengundi dah nak dekat.
janagn campur sgt politik dan hidup seharian. mahu bergaduh dan bertelagah. namee pun macam kak mas gak.time undi2 , kita pilih lah apa yg kita rse terbaik. :)
BalasPadam