Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 19 Januari 2012

Putaran hidup

Assalamualaikum...(^ ^)


Apa yang ada dalam gambar ni umpama putaran hidup. Ada langit terbentang luas, ada jalan menuju ke suatu arah, ada pokok yang masih lebat daunnya dan ada pokok yang sudah tinggal ranting. 

Langit yang terbentang luas menggambarkan kehidupan kita yang penuh dengan rezeki dan nikmat. Segalanya ada dan segalanya Allah dah sediakan untuk kita, jadi pandai²lah kita manfaatkan rezeki dan nikmat itu. Yang paling penting jangan lupa bersyukur, nanti lagi luas Allah beri.

Jalan yang menuju ke suatu arah mencerminkan perjalanan hidup, mana arah tuju hidup kita. Walaupun jalan itu berliku tapi kalau ditempuh dengan semangat dan kesabaran pasti kita sampai ke destinasi. Iman yang kuat di dada jugak membantu kita memilih jalan yang betul. Tapi kalau kita pilih jalan yang salah, masih ada peluang untuk kembali ke pangkal jalan. Janji kita insaf dan bertaubat.

Pokok yang lebat daunnya dan pokok yang sudah tinggal ranting umpama usia kita. Semasa muda kita akan nampak cantik, jadi jangan persiakan kecantikan itu. Bila sudah tua, kecantikan itu sedikit sebanyak akan hilang. Jadi sedarlah itu hanya sementara, seeloknya manfaat usia kita yang berbaki itu dengan beramal dan beribadat.

Begitulah hubungan alam dengan putaran kehidupan kita, jadi biarlah hidup kita ini sentiasa diredhai dan diberkati oleh Allah SWT. Ingat kita tak selalu berada di atas.

14 ulasan:

  1. saya hanya mampu senyum bila baca entri kak mas nie...

    BalasPadam
  2. macam jalan nak g keje je ni..

    BalasPadam
  3. pndainya akak terjemahkan gambar tu eh...betul, semua ada kaitan dgn putaran hidup kita =)

    BalasPadam
  4. Berada di atas itu menakutkan...

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...insyaAllah semoga kita akan menemuai jalan yg benar sempurna walaupun harus melalui berbagai2 halangan utk mengecapi nikmatnya dikemudian hari...:)

    BalasPadam
  6. wah..
    tersu berada di awang2an nak bayangkan sume tue..

    BalasPadam
  7. jalan nak balik rumah akak ke ni ? hehe.. best ayat dalam post ni. peringatan

    BalasPadam
  8. kehidupan kita sentiasa berkaitan.>:)

    BalasPadam
  9. kehidupan kita sentiasa berkaitan.>:)

    BalasPadam
  10. kita sendiri yg kena atur hala tuju kita. :) bentuk kan hidup kita.

    BalasPadam
  11. setiap bait kata yang kak mas coretkan yana sokong 110% :')

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com