Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 24 Januari 2012

Review filem Bujang Telajak

Assalamualaikum...(^ ^)


Sekadar memenuhi permintaan anak² yang sibuk nak tengok cerita ni. Mereka memang minat cerita kelakar camni, siap boleh gelak sakan lagi.

Sinopsis filem
Filem Bujang Telajak ini mengisahkan 3 orang pemuda iaitu Saiful, Johan dan Nabil yang terpikat dengan seorang wanita cantik bernama Puteri. Sehingga mereka sanggup menyamar menjadi wanita untuk mengetahui latar belakang Puteri. Setelah diselidik akhirnya Saiful mengetahui yang Puteri suka pada lelaki yang kurang upaya, ini kerana Puteri mengagumi ibunya yang sanggup berkahwin dengan ayahnya yang buta. Jadi mereka bertiga telah menyamar menjadi orang buta, pekak dan bisu demi menawan hati Puteri. Berjayakah mereka dan adakah rahsia penyamaran mereka terbongkar? 

Review Bujang Terlajak
Bagi Mas filem ini seperti cerita kelakar yang biasa difilemkan, cuma kekuatannya adalah pada 3 watak utama iaitu Saiful Apek, Johan dan Nabil. Lawak mereka yang bersahaja itu memang boleh buat penonton bergelak ketawa. Jalan ceritanya agak mendatar dan ringan, sesuailah ditonton oleh para peminat filem komedi. Bawak anak² yang minat cerita kelakar macam anak Mas memang sesuai, sepanjang menonton mereka ketawa tak henti².

Kemudian pengarah filem jugak pandai buat suspen pada perakhiran cerita, semua orang yang menonton ingatkan cerita tu dah habis rupanya belum. Jadi jangan cepat² bangun dari kerusi tau, tonton hingga penjaga pawagam tu buka pintu. Sebab babak² terakhir itulah kita boleh tau siapakah menjadi pilihan hati Puteri. 

Keseluruhan cerita yang kelakar, boleh buat Mas ketawa. 7 bintang untuk Bujang Telajak.

8 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...nampak pelakonnya je dah tahu mesti best n kelakar cite ni...:)

    BalasPadam
  2. kene p tgok ni.. xleh jd ni..
    haha

    BalasPadam
  3. tapi selalu kalau tengok cerita arahan dia tu mesti rasa kecewa sbb kelakar yg typical. :/ tp sbb ada Johan..isyaAllah tengok. hehe. txs kak for the review

    BalasPadam
  4. tringin nk p tgk..tapi tunggu raya kang lah..hehe

    BalasPadam
  5. hai salam singgah...

    mesti best ni tengok dgn anak2 :)

    BalasPadam
  6. xske lawak bodoh

    nnti xjd ketawa

    ley la try tgk

    BalasPadam
  7. selalunya filem pengarah ni saya mesti tak rasa lawak..tambah pulak ada apek..biasanya tak lawak...hehehe..


    boleh la cuba tengok nanti..lawak ke tidak..:p

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com