terkini dan sensasi

Sabtu, 21 Januari 2012

Review filem The Mysterious Island: Pengembaraan yang best!

 Assalamualaikum...(^ ^)

Cuti 4 hari hanya duduk rumah, sudah semestinya tidak. Malam semalam ajak husband tengok wayang sebab hari ni terpaksa memerap kat rumah, husband kerja.

Jadi semalam kami pergi menonton filem Journey 2 : The Mysterious Island. 


Sinopsis filem
Filem ini adalah kesinambungan dari filem Journey To The Center Of The Earth. Pengembaraan bermula apabila Sean Anderson menerima isyarat kecemasan berkod dari sebuah pulau misteri dimana pulau tersebut tidak pernah wujud. Ia adalah tempat hidupan pelik, gunung emas, gunung berapi maut dan pelbagai lagi rahsia yang menakjubkan. Setelah ayah tiri Sean iaitu Hank membantu dia menyelesaikan kod kecemasan itu sememangnya pulau misteri itu wujud. Jadi Sean bercadang untuk pergi ke pulau tersebut untuk mencari datuknya yang dipercayai ada disana. Berjayakah Sean dan Hank mencari pulau tersebut dan bagaimanakah pengembaraan mereka di sana?

Review The Mysterious Island
Bagi Mas filem ini sangat menarik, pengembaraan mereka untuk mencari pulau misteri itu sangat mendebarkan. Pelbagai perkara yang menarik dan di luar jangkaan berlaku, kita yang menonton pun turut merasa debarannya. Pengalaman berada di pulau itu jugak telah mengeratkan lagi kasih sayang antara Sean dan Hank yang dahulunya kurang rapat. Di situlah eleman kasih sayang dipertontonkan.

Terdapat jugak elemen kelakar yang sangat mencuit hati di dalam filem ini, rugi kalau tak menontonnya. Mas berikan 9 bintang untuk The Mysterious Island.

5 ulasan:

  1. dah tgk dah !
    syue pun ad buat review aritu..
    memg best cte ni,ase nk suruh sume org tgk.huhu

    BalasPadam
  2. kalo dapat 9 bintang leh la nak try bawak anak2 nengok..

    BalasPadam
  3. memang dalam perancangan filem untuk di tonton ni kak :) masa je belum ada. lama tak lawat akak. harap sihat2 :) and kirim salam cik sue haha

    BalasPadam
  4. ok. kak mas bg 9. tentu tentu film dia best. ok esok nak pi tengok !!! hehe

    BalasPadam
  5. bestnya dapat cuti panjang. sempat lagi tengok wayang.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com