terkini dan sensasi

Isnin, 23 Januari 2012

Salah ke kongsi menu masakan?

Assalamualaikum...(^ ^)

Mas nak tanya, ok ke Mas kongsikan menu masakan dalam blog ni. Sebab ada cik anon yang komen kata Mas menunjuk, asyik tunjuk menu masakan je. Macam Mas sorang pandai masak katanya.

Mas kongsikan menu di sini bukannya nak menunjuk tapi sekadar perkongsian, manalah tau ada yang teringin nak cuba masak menu tu bila tengok blog Mas. Memang Mas tak sertakan resepi sebab semuanya adalah masakan yang mudah, rasanya semua orang tahu dan pandai masak.

Kalau resepi tu nampak luar biasa sikit dan ada yang minta resepi barulah Mas akan buat entri khas untuk resepinya. Lagi pun Mas bukannya pandai masak sangat, masak sekadar untuk kenyangkan perut sendiri dan perut suami serta anak². Lagi pun blog ini bukan blog masakan.

Harap kawan² tak kisah Mas berkongsi apa yang Mas masak, lagipun Mas hanya berkongsi bila hari cuti dan hujung minggu je.

Ini menu hari ini, Masak Lemak Kobis + Tauhu, Ikan Siakap Sweet Sour dan Sambal Sardin Super Special yang diminta oleh anak². Maaflah kalau terliur, hehehee!


13 ulasan:

  1. memang jahat tunjuk gambar makanan! tergugat diet kita..hehehhe

    takde lah..takpe kot tunjuk gambar/menu makan..apa salahnya. mmg betul, boleh buat jadi inspirasi buat kita2 ni yang dah ketandusan idea nak masak ape arini...

    BalasPadam
  2. erm... sedap tu... x slh nak share apa pun... blog sdirikan bkn blog org lain...

    BalasPadam
  3. aaa, kadang2 orang tak tahu beza erti berlagak dan berkongsi..sbr k kak mas.

    BalasPadam
  4. wat xtau je kat anon 2..
    anon jeles sbnrnye dia xpndai masak cam akk..
    ekeke

    BalasPadam
  5. suka hatila

    bkn buat bende slh pon kan

    tayang je kak

    sebok si anon ni

    BalasPadam
  6. kak mas pedulikan aje....saya rasa lebih elok akak teruskan berkongsi menu tu...pasal bila saya lapor saya akan tgk masakkan kampung akak tu. then terus cari kat gerai2 (itupun kalo ada lah)

    BalasPadam
  7. ada je yang nak jeles kan..biarkan jelah mas..yang penting kita sebagai readers rasa ok jer..

    BalasPadam
  8. xsalah pun akak.. waaa. sedapnyer tu akak.. huuu ... syur masak lemak.. nyum3

    jom renung2kan sebentar..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/kenapa-ilmu-itu-penting.html

    BalasPadam
  9. sy sllu je tunjuk makanan. klu Cik Anon tu tak suka, takyah la tengok blog cik mas. mudahkan?

    dah publish kt blog, memangla menunjuk, tpi kita menunjuk utk berkongsi. Saya rasa tak salah pun.

    biarlah cik anon tu. kita bukan menyakitkan hati org cik mas. tunjuk makanan je.

    BalasPadam
  10. x salah pon kak..asalkan apa yg kita buat tuh betul..kan2..

    BalasPadam
  11. ok..sy lg suka bc blog org yg byk menu masakan..sbb sy suka mkn..hehhe

    BalasPadam
  12. saya suka je tgk gambar-gambar makanan ni..lagi rasa tertarik nak baca blog yg cerita pasai makan atau tempat makan best2..ignore je org macam tu..

    BalasPadam
  13. Teruskan mas berkongsi menu masakan. Jangan dihiraukan si anon tu. Apa yang penting kita ikhlas nak berkongsi.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com