Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 12 Januari 2012

Sanggupkah kita?

Assalamualaikum...(^ ^)


Terdengar di radio tentang masalah seorang anak yang menghantar ibu bapanya ke Rumah Orang² Tua. Katanya dia tiada niat nak menghantar ibu bapa ke sana tetapi mereka yang mahu pergi. Kata mereka menetap di sana lebih seronok, banyak aktiviti boleh dilakukan dan ramai kawan. Kalau tinggal di rumah mereka rasa bosan, tiada apa yang boleh dilakukan.

Jadi si anak dalam dilema kerana tindakannya itu telah dipandang serong oleh masyarakat, ramai yang mengatakan dia anak tak mengenang budi dan derhaka pada ibu bapa. Sanggup menghantar ibu bapa yang menjaga dia dari kecil hingga besar ke Rumah Orang² Tua.

Bagi Mas tindakan dia memang salah, tak sepatutnya dia menghantar ibu bapa ke Rumah Orang² Tua walaupun ibu bapa mendesak. Seharusnya dia yakinkan ibu bapa yang dia boleh jaga mereka. Kalau mereka bosan di rumah sepatutnya dia yang rancangkan apa aktiviti yang perlu dilakukan oleh ibu bapa. Misalnya suruh mereka ikuti kelas agama ke, kelas motivasi ke atau aktiviti persatuan ke. Jadi masa ibu bapa itu akan terisi dengan pelbagai perkara yang berfaedah. 

Kenapa ibu bapanya bosan di rumah, mungkin dia kurang beri perhatian dan luangkan masa untuk mereka. Walaupun makan pakai mereka dijaga tetapi orang tua ni sangat perlukan perhatian anak². Anak sepatutnya lebih beri tumpuan dan banyak lakukan aktiviti bersama dengan ibu bapa. 

Jangan jadikan keinginan ibu bapa mahu menetap di Rumah Orang² Tua sebagai alasan. Mungkin ibu bapa itu hanya berkias kerana mereka nak anak² lebih beri perhatian. Walaupun mereka kata akan rasa seronok menetap di sana tapi tak sama dengan keseronokan tinggal bersama anak². Biarlah mereka habiskan usia yang berbaki itu untuk bahagia disisi kita.

Jadi sanggupkah kita jadi seperti anak ini?

13 ulasan:

  1. ada juga betulnya apa yg akk ckp ni.mmg dorg kata seronok nk duk sana maybe sbb nk jaga hati kite kan.

    BalasPadam
  2. haah, aku pon dgr pagi tadi dan ada sorang caller lelaki yg bagus, tak ingat la apa nama dia...semua hujah dia bijak! :)

    BalasPadam
  3. semoga kita menjadi anak2 yang tahu membalas jasa ibubapa, amin..

    BalasPadam
  4. memang saya sokong ngan N3 kakak pagi ni. Kita kena tau punca parent bosan kat rumah.

    Kalau parent boleh gembirakan hati kita semasa kecil kenapa kita tak melakukan perkara yg sama untuk mereka.

    Mungkin parent lelaki tu bagi hint kat dia le suh dia bagi perhatian lebih sket kat dorang. so dia ckp le nak pi umah org tua tua.

    Sebagai anak dia kena la faham. kekadang org tua ni ckp berlapik lapik agar anak tak terasa. betul tak?

    BalasPadam
  5. saya pun dengar tadi...saya ada buat entry pasal ni jugak..

    http://sayanuranis.blogspot.com/2012/01/menghantar-ibu-bapa-ke-rumah-orang.html

    alasannya, mak ayah pun hantar anak ke rumah pengasuh..

    BalasPadam
  6. hmm, entah ye..tapi kalau boleh mmg taknak letak ibu bapa ke rumah orang tua..Tapi hanya dia yang tau apa yang patut dibuat..

    BalasPadam
  7. tiada istilah derhaka kalau begitu... jgn sesekali kita hantar sebab itu bukan kehendak di hati mereka.... berkorbanlah untuk org tua kita sepertimana mereka telah byk berkorban masa kita kecik

    BalasPadam
  8. betul kata akak tu sya setuju sgt2,

    tapi dari segi keselamatan adalah terbaek hantar seketika disana, saya tak mahu berlaku seperti arwah nenek saya.

    dia diragut dan dicederakan dan dibunuh 5thn dahulu. akibat ditinggal berseorangan di rumah salah seorang anaknya di kuala lumpur.

    Jenayah ada dimana2 tak kenal usia.

    BalasPadam
  9. assalamualaikum mas...betul tu kita sebagai anak sebenarnya kena berikan perhatian kat org tua agar die x terasa disisihkan dan kita haruslah menjalankan tanggungjawab sebagai anak yg baik...

    bagi sesuatu xtvt yg menyeronokkan mereka agar mereka suka tinggal bersama2 anak2nya dr duduk d'rumah org tua itu..:)

    BalasPadam
  10. betul apa yang mas cakap kan itu, tanggungjawab seorang ank tuk menjaga ibu bapa ni, ibu bapa blh jaga 10 org ank, x kn sorang ank pn x ley nk jaga ibu bapa....

    bagi sy memang x setuju kalau ibu bapa kita di hantar ke rumah2 orang tua, x sanggup melihat ibu bapa di sana...

    memang luaran ibu bapa mendesak, tetapi dalam hati ibu bapa nk melihat yang kita ni bersungguh2 atau x nk menjaga nya, kalau ikut je kehendak mereka, nampak sangat la kita x peduli kan hal mereka,,,,

    BalasPadam
  11. tak sanggup :(
    mak ayah bukn nak duet ringgit pon
    deme nak perhatian dr kita je kan kak..

    BalasPadam
  12. Susah payah dulu kedua ibu bapa menjaga dan mendidik,bila dah besar,dah berkeluarga. Mula hilang perhatian pada mereka. Rasa tak sanggup walaupon di desak nak buat macam tuh :'(

    BalasPadam
  13. insyaAllah saya takkan buat mak ayah sy mcm tu. tak baik lah sesape yg buat macam tu :( cuba bayangkan esok kita tua, anak kita buat macam tu gak :(

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com