terkini dan sensasi

Rabu, 25 Januari 2012

Susah ke nak berubah?

Assalamualaikum...(^ ^)


Memang susah kalau kita rasa ianya susah. Nak pulak berubah ke arah yang lebih baik dan positif, lagilah susah. Tapi kalau keinginan untuk berubah tu kuat dan disertai dengan tekad dan azam, pasti boleh kan? Tak susah mana pun sebenarnya.

Cuma kadang² kita ni bila berubah selalu hangat² taik ayam. Sekejap je berubahnya, pastu kembali semula ke tabiat asal. Sebab apa? Sebab apa yang kita amalkan tu dah jadi tabiat, dah sebati dengan diri kita. Jadi bila nak ubah tabiat tu memang susah. 

Pastu niat nak berubah tu tak betul, berubah sebab nak menunjuk² pada orang sekeliling. Ya! Aku boleh berubah, lihatlah dunia. Bila niat tak betul maka perubahan tu memang tak kekal lama, sebab kita bukannya benar² mahu berubah untuk perbetulkan kesilapan diri tapi sebab nak tunjuk pada orang yang kita boleh berubah. Niat tak betul jadi matlamat pun terpesonglah.

Satu lagi, jangan berubah disebabkan pengaruh orang lain. Memang susah sebab ia bukan ikhlas dari hati kita sendiri. Sebagai contoh nak berubah dari tak bertudung kepada bertudung tapi sebab boyfriend yang suruh. Hanya akan bertudung bila jumpa boyfriend sebab dia suka tengok kita bertudung, bila keluar dengan keluarga atau kawan² kita tak bertudung. Jadi perubahan camni memang tak akan kekal, putus dengan boyfriend nanti terus tak bertudung langsung.

Niat, tekad, azam dan semangat perlu untuk kita berubah ke arah kebaikan. Dapatkan orang sekeliling seperti keluarga atau sahabat yang boleh memberi dorongan yang positif untuk kita berubah. Susah ke payah ke itu tolak tepi, janji niat kita nak berubah kerana Allah.

11 ulasan:

  1. bila nak berubah kearah kebaikan tu, byk betul halangan & cabaran

    BalasPadam
  2. y jdi susah sbb kite sendiri lemah

    nk berubah pk org lain kate ape

    nk berubah takut takley wat bende y disukai

    byk halangan

    BalasPadam
  3. ahahaha, saya baca blog kan banyak yg kata azam 2012 nk update blog setiap hari lah 2 kali seminggu lah..tp semua tu takde pun. cuma mulut berkata dan tangan yg menulis. hati kosong...

    BalasPadam
  4. banyak benda dalam diri yang nak kena ubah lagi..:)

    BalasPadam
  5. betul !
    niat yang tak ikhlas takan kekal lama ..

    BalasPadam
  6. atok baru keudarakan isu ni kek fb....perubahan tu datang dari dalam hati...

    BalasPadam
  7. Apapun niat yg pentingkan Mas...bukan berubah sebab pandangan manusia tapi pandangan Allah

    BalasPadam
  8. lebih kurang sama dengan entri saya tadi... :)

    BalasPadam
  9. TelorPower

    berubah sebab ada faktor luar spt nak menunjuk2 mmg tak bagus pasal kita hanya berlakon dan bukan jadi diri kita buat apa.betuk tak?

    BalasPadam
  10. akk nk berubah ke? tu lah kan kak.bila niat dgn Allah.mesti boleh.

    BalasPadam
  11. assalamualaikum mas...niat tu yg pentingkan kalau niat betul kena tekadkan hati tu berubah ke jln yg benar jgn hangat2 tahi ayam jer...:)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com