Terkini dan sensasi

Isnin, 16 Januari 2012

Takbur Seorang Isteri

Assalamualaikum...(^ ^)


"Hak kamu yang dia rampas itu adalah hak kamu di dunia, tapi hak isteri yang kamu pegang adalah hak dia di akhirat. Ampunkanlah isteri kamu!"

Kata² dari drama Takbur Seorang Isteri yang Mas tonton di TV9 semalam. Drama mengisahkan seorang isteri yang derhaka pada suami, sanggup halau suami dari rumah semata² ikutkan rasa takbur. Nasihat ibunya beri tak diendahkan, masih sombong dan bongkak dengan harta yang dimiliki.

Tapi biasalah, langit tak selalunya cerah. Balasan Allah SWT kadang² ditunjukkan di dunia, akhirnya isteri yang takbur jatuh sakit. Mungkin itu balasan kepada sikap derhakanya pada suami, tapi yang menanggung derita adalah si ibu. Tak sanggup melihat anaknya menderita lalu diminta suami mengampunkan dosa isteri. Suami yang mulanya sakit hati dengan sikap isteri akhirnya mengalah. Dia tak mahu isteri terus menanggung dosa, kerana itu adalah hak dia. 

Pengajaran
Sebagai isteri jangan terlalu sombong dan bongkak dengan pangkat dan harta. Walaupun suami berpangkat rendah dan bergaji kecil tetapi dia tetap di darjat yang tinggi dalam keluarga. Isteri harus hormat dan patuh dengan cakap suami. Tanggungjawab isteri lebih besar nilainya dari harta berjuta.

Suami pulak jangan terlalu ikutkan rasa marah dan sakit hati, memang isteri bersalah dan derhaka. Tapi sanggupkah suami tengok isteri terus menanggung dosa, ampunkan isteri yang derhaka itu. Dia dah dapat balasan setimpal di dunia atas perbuatannya, janganlah suami nak menghukum jugak. Di akhirat kelak, itu antara dia dengan Allah SWT.

Ibu tetap sayangkan anak walau seburuk dan sejahat mana anaknya, ibu mana yang sanggup tengok anak menderita. Saat anaknya sakit teruk terus hilang rasa marah dengan sikap anaknya dulu, apa yang ada dalam fikiran hanya mahu anaknya sihat dan tidak terus menderita. Ibu yang melahirkan dan membesarkan, jadi sayangnya pada anak tak pernah hilang.

Ingatlah, apa pun pangkat kita dan banyak mana pun harta kita suami dan ibu adalah harta yang paling berharga dan paling tinggi darjatnya di hati kita.

11 ulasan:

  1. syurga itu di bawah tapak kaki suami...hormati mereka selagi mereka layak dihormati...:)

    BalasPadam
  2. kebiasaannya bila isteri berpangkat dan berpendapatan lebih dari suami,nie lah jadinya.datang riak dalam diri.sekadar beri pandangan.....

    BalasPadam
  3. tgk jugak cita ni semalam kak. huu sabar je la. :D

    BalasPadam
  4. bila agama & islam tu hanya pada nama...

    lama tak datang blog mas, anak2 naik sekolah cane? ok?

    BalasPadam
  5. betul-betul memberi pengajaran :D

    BalasPadam
  6. semua para isteri kena baca artikel ni.

    BalasPadam
  7. thanks dari saya seorang isteri muda... bukan isteri kedua tau.. cuma umurnya muda

    menarik blog ini, saya follow sini

    salam kenal

    BalasPadam
  8. yg penting apa2 pon jd syurga dibawah tapak kaki suamy kan kak.

    BalasPadam
  9. betul3... walau apapun isteri tak layak untuk tinggikan suara pada suami yang baik..

    BalasPadam
  10. Syurga di bawah tapak suami. Selagi ianya tak bertentangan dengan agama. Tapi memang pengajaran pada sesiapa yang ada sikap meninggi diri dengan suami cmtu kan kak.

    BalasPadam
  11. kena hati2. suami tu, syurga kita tu. janganlah aniaya suami sendiri sbb sifat bongkak kita sendiri. kan . :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com