Terkini dan sensasi

Ahad, 15 Januari 2012

Terima kasih mak!

Assalamualaikum...(^ ^)


Sekarang dah selamat berada di rumah sendiri, pukul 5.30 tiba kat sini. Mula ingat nak balik pagi tapi pandai pulak mak mertua Mas pancing menantu dia supaya balik lepas makan tengahari, dimasaknya Gulai Tempoyak Ikan Patin.

Apa lagi terbantut rancangan nak balik awal, belasah dulu Gulai Tempoyak Ikan Patin masakan mak. Memang lagi sedap dari yang kat R&R tu, bertambah Mas makan. Terima kasih mak!

Masa nak balik memang Mas tak boleh pandang wajah mak mertua. Saat cium tangan dia, saat cium pipi dia dan saat memeluk dia terus rasa sebak. Terbayang wajah arwah mak, terus terubat rindu pada arwah. Nak pulak wajah tua mak mertua seiras wajah arwah mak.

Pada merekalah Mas menumpang kasih sayang! 

Jadi pada kawan² yang masih ada mak ayah selalu jenguk mereka kalau kita tak tinggal dengan mereka. Bila mereka dah tiada hanya kenangan yang tinggal. Rindu hanya terubat dengan mengenang saat² manis bersama mereka. 

Jangan sia²kan ibu dan ayah kita, mereka tiada galang gantinya.

8 ulasan:

  1. alamak terasa syahdu plak baca entri nie... jgn sedih2 eh kak

    BalasPadam
  2. betul kata mas..jagalah ibubapa kita sementara mereka masih ada..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...ingatan yg baik utk semuanya...:)

    BalasPadam
  4. sedih nya kak.mak ayah mmg tiada galang gantinya.

    BalasPadam
  5. aku jadi touching bila bace bab ibu ayah ni...

    BalasPadam
  6. Wahhhhh shedap tu kak Mas ! Gulai tempoyak ikan patin. Lama tak makan :(

    BalasPadam
  7. saya sayang mak saya. :) hehe. walaupun mak saya sgt garang :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com