Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 29 Januari 2012

Terima kelemahan diri

Assalamualaikum...(^ ^)


"Kenapalah aku tak dilahirkan sebagai wanita yang cantik? Walaupun aku pandai tapi kalau tak cantik ada ke orang nak pandang aku?"

Jangan anggap kelemahan diri satu ketidaksempurnaan. Semua manusia tak sempurna sepenuhnya dan ada kelemahan diri masing². Mungkin kita tak cantik luaran tapi kalau dalaman kita cantik itu satu kelebihan jugak. Biasanya kelemahan diri akan seimbang dengan kelebihan kita.

Terima kelemahan diri seadanya, jangan jadikan kelemahan itu sebagai titik hitam dalam hidup. Jadikan ia sebagai pendorong untuk kita lebih menghargai kehidupan. Kalau kita sempurna segalanya dikhuatiri akan riak dan takbur. Sebab itulah Allah jadikan kita makhluk yang ada kelemahan dan kelebihan, supaya kita lebih bersyukur dengan hidup ini.

Allah jugak tak jadikan kita makhluk yang lemah segala-galanya, takut nanti kita tak boleh terima dan ambik keputusan tak mahu hidup lagi. Jadi ciptaan Allah dah cukup sempurna, setiap makhluknya ada kelemahan dan kelebihan masing².

Terima kelemahan diri sendiri dan jangan keji kelemahan orang lain.

Bersyukur dengan kelebihan diri sendiri dan puji kelebihan orang lain.

Baru hidup seimbang dan kita akan jadi manusia paling SEMPURNA!

7 ulasan:

  1. kita patut hargai diri kita dgn ciptaan ALLAH yang sgt unik sbg mahkluk yg sempurna sekali. cantik tu hanya subjektif ajer... tak semua manusia itu perfect.



    p/s: manusia semua sama saje disisi ALLAH. yg beza cuma alaman kita ajer

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mas...betul tu kita semuanya sama saja di sisi Allah hanya manusia jer yg x tahu menghargainya...:)

    BalasPadam
  3. tak terima kelemahan diri itu, lemah!

    BalasPadam
  4. salam kak mas =)

    sbnrnya kalau dikenang2 balik kelemahan tu adlh 1 kelebihan kita gk tau..

    xyah jd perfect sgt..insyaAllah 1day Allah akan hntr seseorang utk smpurnakan diri n hidup kita =)

    BalasPadam
  5. walau secantik dan sehensem mana orang tu tetap ada kelemahan diri. Be yourself okay!

    BalasPadam
  6. dulu su salu rasa tak suka sebab sy jenis kurus panjang. kenapa sy tak kecil macam asian. hehe. i mean kecik kecik moleh lah. ni sy panjangje nampak. tp lame2 dah suka :) hehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com