Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 27 Januari 2012

Terkadang kita terlupa

Assalamualaikum...(^ ^)


Kita manusia ni memang tak pernah lepas dari sifat terlupa, dah sebati dalam diri kot? Kadang² perkara yang kita lupa dianggap remeh tapi sebenarnya ianya penting untuk kita. Sepatutnya kita amalkan perkara tu barulah kita tak asyik terlupa je!

Bagi Mas ada beberapa perkara yang kita dan Mas sendiri selalu terlupa. Sebab jarang dan malas nak diamalkan, betul tak? 

Yang paling utama membaca doa, memang selalu kita terlupa nak baca kan? Mungkin terlupa sebab jarang diamalkan, padahal setiap apa yang kita nak lakukan semuanya ada doa. Kalau diamalkan selalu pasti akan jadi habit, jadi susah untuk kita terlupa. Jadi mulai hari ini cuba baca doa sebelum nak buat sesuatu, walaupun nak masuk ke tandas. Mas pun anak² yang selalu ingatkan.

Lagi satu bacaan Bismillah, sepatutnya sebelum memulakan sesuatu perkara kita mesti ucap kalimah Bismillah. Ini supaya kita dapat lakukan sesuatu dengan sempurna dan dirahmati Allah. Tapi disebabkan nak cepat buat sesuatu kita selalu terlupa akan kalimah itu. Mulai hari ini kita mulakan sesuatu dengan Bismillah. Sebelum taip entri kat blog baca Bismillah, pasti idea mencurah².

Ini pun kita sering terlupa, ucap kalimah Alhamdulillah. Seronok sangat dapat berita gembira terus terlupa, mungkin kita sengaja atau tak sengaja. Misalnya bulan ni dapat gaji lebih sikit, terlalu gembira sampai terlupa nak ucap Alhamdulillah. Lepas ni jangan lupa lagi ye!

Terkadang memang kita terlupa. Tapi cuba amalkan, pasti jadi amalan.

10 ulasan:

  1. alamakk.. lupalah.. kan itu mcm skrip wajib dalam sehari.. huhuhu

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana mengingatkan!

    BalasPadam
  3. terima kasih atas ingatan sis. amalan yg baik, dilindungi dan dapat pahala lagi. =)

    BalasPadam
  4. uncle kadang2 terlupa apa yang uncle lupa tadi...

    huh!

    BalasPadam
  5. erm... btl tu mas, sy pun kdg2 terlupa itu...

    BalasPadam
  6. owh nk taip entry pun baca bismillah.rara selalu xbuat tu.nk buat entry main terjah je.hehehe

    BalasPadam
  7. manusia semamangnya sering kali lupa dan alpa...
    ^_^

    BalasPadam
  8. yang penting sekali jangan lupa diri

    BalasPadam
  9. terima kasih kak sbb ingatkan :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com