Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 13 Januari 2012

Tiba-tiba rosak!

Assalamualaikum...(^ ^)


Mas pun pelik kenapa boleh rosak, padahal baru beli 2 minggu. Mungkin nasib baik tak menyebelahi Mas, memang tak tahu apa puncanya. Dalam 1000 yang dikeluarkan mungkin ada satu yang kurang kualitinya dan orang yang kena adalah Mas.

Semalam Mas pergi ke The Mines untuk jumpa semula taukeh kedai dan tengok apa masalahnya. Mula² dia ingat masalah software, jadi dicubanya install software baru. Namun tetap tak berhasil, bila buat panggilan orang masih tak dengar suara Mas. Rupanya speaker yang rosak. Taukeh kedai tu pun dah buntu, kenapa boleh jadi camtu pada handphone baru. Mas lagilah, bukan saja buntu malah sakit hati pun ada. Beli handphone mahal tiba² rosak pulak, dimana silapnya pun tak tahu. 

Bila jadi camni terus Mas hilang sedikit kepercayaan pada Iphone. Tapi bila taukeh tu cakap dia akan ganti dengan yang baru, rasa lega sikit. Dia pun terkejut, sebab dah banyak Iphone dijualnya pada pelanggan tapi belum pernah jadi camni. Satu dalam seribu jadi begini!

Mas pun tak nak panjangkan cerita. Asalkan dia ganti dengan yang baru, itu dah cukup berbaloi. Dah nasib nak dapat yang rosak, jadi redha je. Bersyukur sebab dapat yang baru, harap lepas ni dah takde masalah lagi. Kalau jadi jugak, Mas akan pilih jenama lain pulak.  

Kepada kawan², jangan tak percaya pulak pada Iphone lepas baca cerita Mas. Dah lama Mas pakai Iphone tapi baru kali ni rosak selepas 2 minggu beli. Masa pakai Iphone 3GS dulu 2 tahun memang tak pernah ada masalah. Jadi kejadian ini mungkin dah nasib, ada satu handphonenya tidak berkualiti.

13 ulasan:

  1. fuyoo, iphone 4s tu. :) biasalah tu, dalam 1000 satu mesti masalah. :)

    BalasPadam
  2. baca citer mas ni timbul balik sakit hati kat LG...baru beli peti sejuk, 6 hari lepas tu jahanam! dah la CS mcm hapa, kurang ajar gila. nk kena tunggu 3 hari utk technician dtg rumah. giler kan? 1 je technician nk cover 1 kelantan, tu pon mamat tu lepas ke jerteh jgk...WTF!

    BalasPadam
  3. nasib baik dapat ganti balik dengan set yang baru.

    BalasPadam
  4. bab2 gajet ni sy blur ckit kak mas...pkai galaxy ni pun org bg,tu pun tkebil2 lg.. =P

    cuma bnasib baik xrosak la..sib baik akak dpt ganti yg baru kan

    BalasPadam
  5. hayooo
    cian akak. mujur la dpt ganti :)

    mang kdg2 , kite x dpt nak elakkan, nasib la mende2 ni kan..

    BalasPadam
  6. assalamualaikum mas...nasiblah dpt tukar yg baru kalau x parah gak tu...:)

    BalasPadam
  7. sabo jela kak..
    nsb dpt yg laen kn..

    BalasPadam
  8. kira ok lah dapat ganti yg baru jugak.

    BalasPadam
  9. nasib boleh tukar, kalau tak boleh tukar memang nak kena bakar kedai tu. Buat masa ni tak terfikir lagi nak ada IPhone.

    BalasPadam
  10. Wahhhh kak Mas dah pakai iPhone 4s ! :')

    BalasPadam
  11. rosak ?? Alhamdulillah lah dia nak ganti yg baru . kalau dia kata nak repairkan. memang namee akan naik angin kot. hehe. yela,kita baru beli kot...

    BalasPadam
  12. Sy antara insan 1 dlm seribu tu.. Speaker dia ni mcm rosak je. Tepon digi dia suh pegi centre.. Hope xde pape la..
    Luahan insan yg kesedihan

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com