Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 31 Januari 2012

Video promo Chinese New Year dari Petronas

Assalamualaikum...(^ ^)

Rasanya masih belum terlambat untuk Mas ucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Walaupun seminggu telah berlalu tetapi pihak Petronas sudah pastinya akan menyediakan video promo untuk perayaan Tahun Baru Cina 2012. Kebiasaannya video promo yang dibuat oleh pihak Petronas mesti menyampaikan mesej yang berguna. 

Bagi tahun 2012 ini "Coming Home" menjadi TV Comercial dari Petronas. Pengambaran bagi video ini diadakan di beberapa buah negara seperti Malaysia, England, Belgium, China dan India. Ia mengisahkan 6 individu yang berbeza menetap di negara yang berbeza serta mempunyai cara hidup yang berbeza. Tetapi mereka tetap tidak lupa pada asal usul dan tradisi hidup yang sebenar.

Salah satu kisah dalam video tersebut ialah seorang doktor gigi yang tinggal di kawasan pendalaman India terpaksa menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarganya melalui Skype. Ini menunjukkan walaupun terpisah jauh tetapi hubungan kekeluargaan dan tradisi perayaan itu tidak dilupakan.

Jom sama² kita saksikan video promo tersebut, memang sangat menarik!


Selain daripada video promo tersebut, pihak Petronas jugak telah menjemput pihak media dan jugak para blogger ke majlis Pra Tonton Istimewa sempena mempromosikan Kempen Petronas Tahun Baru Cina pada 17 Januari yang lalu. Majlis tersebut telah diadakan di Galeri Petronas KLCC dan dirasmikan oleh Pengurus Kanan Petronas, Dato' Mohammad Medan Abdullah. Di sini Mas kongsikan beberapa gambar sekitar majlis tersebut.





Di samping itu pihak Petronas jugak ada menganjurkan CNY Photography Contest. Peserta hanya perlu upload gambar yang bertemakan "Reimagining Energy". Contest ini bermula dari 17 Januari hingga 12 Februari 2012. Untuk menyertai contest ini boleh ke page CNY Photo Contest. 

Jangan lupa untuk like page Petronas untuk mengetahui maklumat lanjut.

7 ulasan:

  1. menarik nie.....boleh la saya join. tapi kompom otai2 juga masuk bertanding juga ni

    BalasPadam
  2. akak dpt jemputan dr petronas ke? wah dasat la kak mas!

    BalasPadam
  3. @Telor Power
    join je, mana tau yang tak otai ni boleh menang!

    BalasPadam
  4. @Munnafendy
    akak tak dapat pun jemputan tu! cuma dapat promosikan video promo ni je..

    BalasPadam
  5. betul kak mas, mmg nak join lah sebab tuah sendiri kita tak tahu kan. yang penting kita berani mencuba.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com