Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 27 Februari 2012

10 perkara rosakkan mood di waktu pagi

Assalamualaikum...(^ ^)


Kebiasaannya bila waktu pagi mesti kita nak mood berada dalam keadaan tenang kan? Sebab diwaktu pagi kita akan memulakan hari, jadi kalau mood ceria baru hari tersebut boleh dilalui dengan indah sekali. Tapi kadang² ada jugak beberapa perkara yang boleh rosakkan mood kita di waktu pagi.

Antara yang dapat Mas kesan dan pernah dilalui, jom Mas kongsikan.

Bangun lewat
Kalau Mas memang rasa kelam kabut sangat kalau bangun lewat, serba tak kena dibuatnya. Tiba² rasa tak tahu nak mulakan mana satu, nak mandi dulu ke, gosok baju dulu ke atau siapkan sarapan anak² ke? Jadi mulalah mood ke laut, rasa terus malas nak pergi kerja.

Anak menangis
Mas cukup pantang kalau anak² menangis waktu pagi, rasa keheningan pagi macam jadi hingar bingar pulak. Kalau menangis tu suaranya perlahan takpe jugak, ini tidak makin kuat lagi adalah. Sebab itulah Mas akan pastikan anak² tidur awal supaya mereka tak menangis bila dikejut pagi nanti.

Kereta habis minyak
Hidupkan enjin kereta, tengok minyak dah habis. Apa kita rasa, mesti rosak mood kan? Jadi kena pastikan sebelah malam dah isi minyak penuh², baru kejadian sebegini tak rosakkan mood di pagi hari.

Trafik jammed
Yang ini memang dah rutin, selalu buat kita bad mood kan?

Ada road block
Mas memang pelik kalau polis atau JPJ buat road block waktu pagi. Nak pulak masa tu waktu puncak, orang berpusu nak pergi kerja. Rosak mood betul, mesti lambat sampai pejabat.

Jalan ditutup
Ini yang Mas alami pagi tadi, memang buat darah menyirap je. Dahlah jalan ditutup, pastu tak bagi petunjuk untuk laluan alternatif. Kelam kabut kita nak cari jalan mana yang boleh dilalui, masa tu rasa nak pergi cakap kat polis trafik tu.

Susah dapat parking
Hari² Mas lalui saat ni, kadang² bad mood jugak!

Tak sempat sarapan
Nak mulakan kerja mesti kita nak perut dah diisi kan, kalau lapar camne nak mulakan kerja dengan bersemangat. Tapi kalau tak sempat sarapan memang rasa tak semangat nak kerja, mula mood ke laut. Jadi kena simpan makanan macam biskut ke atau cereal ke, jadi kalau tak sempat sarapan sekurang²nya ada sesuatu boleh dimakan untuk alas perut.

Lif tiba² rosak
Kenalah menapak naik tangga. Kalau satu tingkat je takpe, tapi kalau 10 tingkat bukan saja rosakkan mood tapi terus balik rumah je.

Kena marah dengan bos
Kalau kena marah dengan bos pagi² memang tak seronok langsung, terus pagi yang ceria tu jadi kelam je. Nak kerja pun dah takde mood, ambil EL boleh tak?

Apa yang rosakkan mood kawan², cuba kongsi.

10 ulasan:

  1. hahaha..no 1 tu la..punca segala2 nya stress..haha

    BalasPadam
  2. pg2 gaduh ngn anak lambat bangun then anak lak bt bad mood ngn kita ler bad mood... sampai hband tegur pg2 asyik duk gaduh ngn anak jer... huhuhu... sbenarnya gaduh sayang nk disiplinkan dia!

    BalasPadam
  3. bila bangun, mata mengantuk sebab tak cukup tidur..terus jadi tak ada mood...walaupun tau salah sendiri tidur lambat..hihi

    BalasPadam
  4. Emmmmmm semua yg tersenarai dlm top 10 byk persamaannye.... mmg la.. tp yg pelik...klu bangun awal pun tetap lambat. x boleh nak kata ape.... stress tension....

    pagi td lagi byk hal tayar kete buat magic.... bocor la pulak...

    untuk diri bonde ....

    Apapun sentiasa bersyukur dan redha moga hari esok, lebih baik dari hari ini... jgn mengeluh...InsyaALLAH Allah mempermudahkan perjalan kita semua..Amin

    BalasPadam
  5. saya pernah alami anak menangis je..memang hangin sebab kuat sangt menangis tak mau jiran2 dengar..sudahnya mula nak bagi sepit ketam sedas..heheh

    BalasPadam
  6. kalau bangun lambat tu yang jadi bad mood dan kita rasa semua benda tak kena.Jangan la ada yang nak tegur pagi tu,maunya kena sembur ngan saya.

    BalasPadam
  7. assalamualaikum mas...alhamdullilah pagi tadi dpt bangun dgn aman tiada masalah berlaku tenang n relax jer...:)

    BalasPadam
  8. uncle pagi2 selalu marah bos...

    sebab tu bos yg selalu hilang mood

    BalasPadam
  9. Terima kasih sudi buat tugasan yang diberi :) Ada terbaca komen mas bila nak no. 1 kan ? hehehe yang penting mas berada dalam kedudukan tertinggi selalu dalam carta. Teruskan konsisten okay.

    BalasPadam
  10. paling tak suka kalau ssh dpt parking. serius. :/

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com