Assalamualaikum...(^ ^)
Bukan senang nak ajar anak solat ni. Setakat nak suruh dia ikut kita solat bolehlah, tapi nak ajar cara yang betul, bacaan dan tertib ketika bersolat memang susah. Pastu nak kena pastikan dia bersolat dengan betul tanpa menipu dan konsisten solatnya setiap waktu.
Tapi sebagai ibu bapa kita tak boleh mengalah, kena sabar dan ajar perlahan².
Mula² beli buku belajar solat, suruh dia baca dan tengok bagaimana cara dan tertib ketika bersolat. Pastu ajar dan suruh pratikkan bagaimana cara berwuduk, niat solat dan bacaan dalam solat. Pastu baru ajar dengan cara dia ikut kita solat dulu, bila dia dah pandai baru suruh solat sendiri.
Mas mula ajar Atikah bersolat seawal umur 7 tahun, masa tu setiap kali Mas solat dia akan ikut. Bacaan memang dia tak tahu langsung. Bila dah masuk umur 8 tahun, dia dah belajar cara² bersolat di sekolah. Balik rumah dia akan pratikkan dan banyak bertanya pada Mas. Alhamdulillah, umur 8 tahun dia dah boleh bersolat sendiri pada setiap waktu. Arfan pun dah mula ikut kakaknya bersolat.
Sekarang solat dia dah sempurna, berkat dia rajin belajar dan sedikit tunjuk ajar dari kami.
Ingat, nak ajar ni kita kena konsisten. Yang penting kita tunjukkan contoh yang terbaik pada anak². Pokok pangkalnya semua bermula dari kita jugak kan?
mmg kena konsisten pd peringkat awal kena sentiasa ingat kan..ini, kdg waktu subuh, kesian nk gerak lah..huhu
BalasPadamAda baca kisah wardina latih ank dia solat..kagum sgt cara dia..
nice....
BalasPadamkain putih yang baru hendak dicorak dan diwarnakan.
alhamdulillah, sejuk perut ibu kan;)
BalasPadamassalamualaikum mas...alhamdullilah moga dpt menjadi anak yg soleh n solehah yer...:0
BalasPadamtips berguna,.tmbah2 lg ibu bapa skg xpntgkn hal agama,.entri yg mnarik lopn sy xde ank n xkwin lg.hehe
BalasPadamsejuk hati tengok budak2 bersolat ni..:)
BalasPadamAlhamdulillah.. melenturlah ketika masih lembut
BalasPadamptt dr baby pun kena tunjuk kita solat kan :) dr dia baby lg. baru dia faham. hehe
BalasPadamKena sentiasa tunjukkan teladan yang baik pada anak anak
BalasPadam