Logo KBBA

terkini dan sensasi

Jumaat, 10 Februari 2012

Anak pun memahami

Assalamualaikum...(^ ^)


Masa kecik dulu memang mereka tak memahami, tapi bila dah dewasa mereka akan faham. Sebab itulah kita kena jaga tingkah laku di depan anak².

Sebenarnya anak² ni belajar dari perlakuan kita. Apa yang kita cakap dan buat, semua mereka nak cuba ikut. Tak kira samada perbuatan itu baik atau buruk. Nak pulak kalau perbuatan tu kita lakukan secara sengaja di depan mereka, lagilah mereka nak cuba dan ambil tahu.

Misalnya kita bergaduh suami isteri, jangan ingat anak kita tak tahu. Mereka memahami sebenarnya, nak pulak kalau dengar nada suara kita agak tinggi dari percakapan biasa. Pastu ada pulak adegan pukul memukul di antara satu sama lain, ini lagi menarik perhatian mereka.

Pastu, pergaulan kita suami isteri kena ada batasannya depan anak², janganlah nak terlebih mesra sangat. Memang boleh nak tunjuk kasih sayang tu depan mereka tapi biarlah yang biasa sahaja. Takut nanti jadi ikutan sebab dah terlebih memahami perbuatan mak ayahnya.

Tunjuk yang baik² di depan anak², mereka memahami sebenarnya walaupun hanya sekadar melihat tanpa bertanya apa². Kalau boleh hal dan masalah rumahtangga tu uruskan di tempat yang anak² tak boleh nampak dan dengar.

8 ulasan:

  1. assalamualaikum mas...benar tu harus jaga tingkah laku di depan anak...:)

    BalasPadam
  2. betul2.. semua anak2 belajar bermula dari rumah ;D

    BalasPadam
  3. setuju..
    ada kisah anak jiran...
    ibu dia suka kata orang india tu keling..
    dah besar dia budak tu asyik jerit2 dengan kata keling....keling.. merujuk adik dia yang kulit hitam

    serius,, ajarlah anak dengan yang betul2.. katakan orang itu india, bukan ayat yang pelik2

    kan?

    BalasPadam
  4. itu yg risau tu... kekadang kita ni tak sedar terbuat sesuatu yg tak sepatutnya depan anak.... takut dia ikut....

    BalasPadam
  5. stuju tu kak.huhu.kena bg contoh yg baik2 je dpn anak2.heee

    BalasPadam
  6. budak2 cepat belajar sbb tu kita kena jd role model yg positive kan :)

    BalasPadam
  7. http://awieomar.blogspot.com/2012/02/10-kaedah-elak-ter-sambut-hari.html

    jemputlah baca entri baru buat ni

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com