terkini dan sensasi

Selasa, 21 Februari 2012

Belum sampai seru

Assalamualaikum...(^ ^)


Mas kurang berkenan dengan perkataan belum sampai seru ni. 

Kenapa setiap kali nak berubah ke arah kebaikan mesti kena cakap belum sampai seru. Adakah perlu diseru berpuluh² kali baru kita terniat untuk berubah. Kalau seru tak sampai hingga kita nak mati, jadi tak payah berubah langsung.

Takde istilah belum sampai seru sebenarnya. Yang penting sama ada kita nak atau tak nak berubah, itu saja. Misalnya menunaikan solat, kita semua dah tahu yang solat itu wajib. Takde alasan untuk tidak menunaikannya, tapi disebabkan kita rasa belum sampai seru untuk solat maka tak perlu solat. Dah sampai seru nanti baru kita solat. Habis camne dengan solat yang tertinggal sebelum ni, mampu ke kita nak qada semuanya?

Jadi jangan guna istilah belum sampai seru, yang penting hati kita tekad untuk berubah. Tanam azam dalam diri untuk berubah, tak perlu tunggu seru sampai. Ajal dan maut kita tak tahu kan, bila² masa boleh menjemput kita kembali.

Bagi Mas orang yang suka cakap belum sampai seru ni adalah orang yang banyak alasan, dia ingat dia hidup selamanya di muka bumi ini.

7 ulasan:

  1. kadang2 jawapan artis kita camtulah kan...belum sampai seru

    BalasPadam
  2. cube tnye, bila ko nk mati.. agak² dia jwb mcm tu x?? hahaha.. kenkadang bila tnye, "bila nk bertudung?", jawapan ttp sama.. belum smpi seru.. hadoi la..


    *alhamdulillah sy sudah bertudung.. :)

    BalasPadam
  3. setakat nak tunggu seru dah bongkok tiga belum tentu seru tu nak datang.

    pokok pangkal hati sendiri nak berubah ke tidak

    BalasPadam
  4. Bengang jugak kalau asyik dapat alasan "belum sampai seru" tu. Sedangkan yang wajib tak payah tunggu seru pun memang kena buat.

    BalasPadam
  5. Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, melaikan kaum itu sendiri....

    mgkn org yg selalu sebut ' belum sampai seru' tu sudah terlupa akan ayat diatas.

    BalasPadam
  6. ini yang dikatakan "Kasihku Seru"

    BalasPadam
  7. rasa macam jawapan Ziana Zain je. hehe. em namee tak pernah bg alasan belum smpai seru sbb tu mmg wajib. so kenapa nk tunggu seru. manusia boleh fikir. sama lah macam namee ni. tahu salah tp wallahualam. hanya diri sndiri yg dapat ubah.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com