Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 9 Februari 2012

Buka puasa di Senandung Malam

Assalamualaikum...(^ ^)

Burppp kenyangnya! Alhamdulillah, berkat berpuasa hari ini.


Buka puasa tadi husband ajak pergi makan di Bagan Lalang, pastu teringat sebuah restoran seafood kat sana. Mas tahu mengenai restoran ni pun melalui satu blog, tapi tak ingat apa nama blognya. Pemilik blog tu kata masakan di restoran tu sedap, nama restoran ni Senandung Malam.

Terus ajak husband cari restoran tu, terletak berhampiran dengan pantai Bagan Lalang menghala ke Sepang Gold Cost. Mas sampai sekitar jam 8 malam, jadi tempat duduk belum penuh lagi. Selesa sikit nak pilih makanan dan tempat duduk.


Seafood kat sini memang segar², ada bermacam pilihan seperti sotong, udang, kerang, ketam, lala, kupang dan pelbagai jenis ikan. Harganya pun sangat berpatutan. Sampai je kami terus pilih seafood mana yang berkenan di tekak pastu beritahu pelayan masakan apa yang kita nak, senang je. Tak sampai ½ jam makanan dah sampai.

Menu yang jadi pilihan kami adalah Ikan Siakap Tiga Rasa, Sotong Goreng Tepung, Kerang Bakar dan Sup Cendawan. Mas memang puji Sotong Goreng Tepung dia, sangat sedap derrr! Sebenarnya Mas kurang suka makan Sotong Goreng Tepung, tapi kali ni Mas makan banyak. Memang mabeles kooo! Menu yang lain pun sedap, licin kami bedal.

Jadi kalau kawan² sampai ke Bagan Lalang, cubalah makan kat Restoran Senandung Malam. Restoran dia dibuka dari jam 5.30 petang hingga 12.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum ia dibuka dari jam 5 petang hingga 1 pagi.

Inilah masakan untuk 4 orang makan, semuanya RM69.00 sahaja. Murah dan berbaloi kan? 


16 ulasan:

  1. murah! bagan lalang ni kat mano?

    BalasPadam
  2. @Suhami Ahmad
    selepas pekan sepang! lalu ikut sungai pelek..

    BalasPadam
  3. sedapnyo..

    area kg wan pon banyak restoren ikan bakar ni.
    area tok bali.

    BalasPadam
  4. wajib try....sebelum ni CK sllu pi HM je dekat bagan lalang. Lepas nie boleh try senandung lak.


    Tq mas sebab share ye

    BalasPadam
  5. MURAH TU MAS..
    LAGI2 KALAU SEDAP..
    TAK HERAN LA KALAU JADI SEBUTAN..KAN??

    BalasPadam
  6. @Syazwan Che Deraman
    tulah, memang sedap!
    akak ni jarang makan seafood, tapi kalau tempat sedap camni, best gak!

    BalasPadam
  7. @Cik Kamoo
    sama2... Mas tak pernah lagi cuba makan kat HM tu! lepas ni nak try gak..

    BalasPadam
  8. @diana
    itulah, sebab tu share nak kawan2.. mana tau ada yang nak cuba pi sana ke!

    BalasPadam
  9. wah, dah lama tak makan seafood juga!

    BalasPadam
  10. Ikan siakap 3 rasa.FuHHH!!! Terangkat!

    BalasPadam
  11. salam Mas, nak tanya ... ada tak no. telefon Senandung Malam nie? Kalau ada CK nak minta. Kalau tak ada, tak apalah.

    Tq ya

    BalasPadam
  12. @Cik Kamoo
    alah CK, hari tu ada Mas simpan name kad dia... skrg ni ntah mana letak, tak ingat dah! sori ok..

    BalasPadam
  13. DAH LAMA X MAKAN KAT SINI...
    HUJUNG MINGGU KALAU BALIK SG PELEK LEBIH SUKA MASAK2 MACAM KENDURI HA HA HA

    BalasPadam
  14. Contact number buleh share tak??? Thanks

    BalasPadam
  15. Buleh share contact no tak? Thanks!

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com