mrs secretary

Selasa, 21 Februari 2012

Cikgu kata

Assalamualaikum...(^ ^)


Mama : Arfan tak payahlah bawak bekal ke sekolah, kan kat sekolah memang ada makan!
Arfan : Bolehlah mama, cikgu kata boleh bawak!

Mama : Arfan jangan main dalam kelas masa belajar, nanti cikgu marah!
Arfan : Ehhh, cikgu kata boleh main. Tapi kena siapkan kerja sekolah dulu, cikgu tak marah pun!

Itulah jawapan Arfan bila Mas cakap sesuatu hal berkaitan dengan sekolah. Bila Mas kata tak boleh atau tak perlu mesti dia akan jawap "cikgu kata boleh". Semua yang cikgu dia kata semuanya boleh dan betul di mata dia, mama cakap semua tak betul.

Begitulah kuatnya pengaruh kata² cikgu bagi murid² seperti Arfan ni. Kalau cikgunya kata camtu, macam itulah yang dia nak buat. Kalau kita suruh dia buat siaplah perkataan "cikgu kata" tu keluar dari mulut dia. Masa tu nak bangkang pun tak boleh dah!

Sebenarnya apa yang cikgu dia kata memang betul pun, cuma kadang² Mas saja nak uji dia. Nak tengok sejauh mana dia dengar cakap cikgu di sekolah. Janji dia pandai mendengar kata, tak kira di sekolah atau pun di rumah.

Mama : Arfan ni asyik dengar cikgu kata je, mama kata Arfan tak nak dengar ke?
Arfan : Mestilah dengar, Arfan kan budak baik!

14 ulasan:

  1. kak, yg kes anak buah sy lain lak.. dia mnta sy ajar dia.. pastu elok ajar, tetibe dia kata salah.. "uda, slh la.. cikgu kata bla..bla..bla.." dh tu, xyah la tnye sy.. grrrr

    BalasPadam
  2. Salam Kak Mas !

    Seronok sangat dengan pembelajaran sampai sume pon 'cikgu kata..cikgu kata..'

    Maaf lama tak singgah melawat sini. Kebizian melanda jiwa dan raga. Sukma sampai nak tersumbat dah. :)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mas...Arfan budak baik kan kena dengar ckp mama n cikgu yer...seronok sesekali bergurau ngan anak2kan...:)

    BalasPadam
  4. haa, budak sekarang memang hormat cikgu, cikgu jelah yang betul, yang lain semua salah..hehe

    BalasPadam
  5. Suka dengan statement ni, "Arfan ni asyik dengar cikgu kata je... mama kata Arfan tak nak dengar ke?"..

    Tetiba tringat plak time zaman skolah dulu.. Mama zwan pown penah kelurkan statement cam tu jugak.. HAHA

    BalasPadam
  6. anak mas pun tak makan makanan sekolah ye?/sama dengan maisara.letih nak siap bekal pagi2..hehhe

    BalasPadam
  7. diorang lagi percayakan cikgu kan..
    haihh.. kalau cikgu macam saya ni salah ajar ke hape/.. parah nak betulkan balik.. kan..
    kena hati2 nak jadi cikgu ni.. heehe

    BalasPadam
  8. tentu sekali....
    sama jugak bab belajar... klu ibu/ayah suruh liat sikit...
    kalau cikgu sure cepat jer....

    BalasPadam
  9. hahahaha gelagat arfan agak menarik....hahaha

    BalasPadam
  10. macam macam hal ank mas yang sorang ni ek.

    BalasPadam
  11. hehe, padai Arfan.budak2 ni lurus, apa yg cikgu dia kata...itulah yg ikut. :)

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com