blog wajib baca

  • Nuffnang dan Rezeki - Hello peeps... Kenapa saya pilih nuffnang ? Ada blogger baru bertanya pendapat saya tentang pilihan syarikat pengiklanan mana yang terbaik untuk dipasang...

toink toink dari beloG MTT

entri terbaru dan terkini

Ahad, 26 Februari 2012

cuti-cuti Sabah : indahnya Kundasang

Assalamualaikum...(^ ^)

sambung lagi kisah percutian Mas di Sabah... harap kawan-kawan tak bosan membacanya!


hari kedua : 23/2/2012
hari bermula dengan menikmati sarapan pagi di Kinabalu Pine Resort... seperti dinner juga kami dapat breakfast untuk 6 orang dan ianya juga secara ala-carte! memang bagus cara breakfast macam ni sebab kami diberi pilihan untuk memilih apa makanan yang kami suka... setelah perut kenyang dengan breakfast yang lazat, kami pun terus merakamkan gambar dengan permandangan Gunung Kinabalu yang sangat indah!


setelah puas hati posing sakan, kami terus check out dan bersiap sedia untuk melawat tempat-tempat menarik di Kundasang... lawatan dimulakan dengan Kinabalu Park! memang wajib melawat tempat ni sebab disinilah kita boleh melihat Gunung Kinabalu dengan lebih jelas... tapi kena pergi sebelum jam 9 pagi sebab selepas waktu tu kabus dah mula menebal... kalau lewat memang tak sempatlah nak lihat keindahan gunung! 


dah puas menikmati cuaca yang sejuk dan nyaman di Kinabalu Park kami terus bergerak menuju ke ladang teh Sabah di Ranau... agak kecewa jugaklah bila sampai di sana sebab ladang tehnya tak secantik dulu! ambil gambar sikit sebagai kenangan, shopping teh sabah dah terus gerak ke Kelah Sanctuary di Sungai Tagal... dan pastinya inilah pengalaman yang paling dinantikan, beri makan ikan kelah secara dekat!

geliiiiiiiiii... heheheeee
tengoklah tu banyak gila ikannya

tiket yang dikenakan untuk masuk ke Kelah Sanctuary tu ialah RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas... mereka juga ada sediakan makanan ikan yang dijual dengan harga 20 sen untuk satu pek kecil... RM5 jugaklah Mas habiskan untuk beli makanan ikan je! mula-mula jejak kaki ke dalam sungai tu memang rasa takut jugak sebab ikan kelah tu terus datang berkerumun kat kaki... rasa geli sangat bila dia gigit-gigit kaki! Mas siap terjerit-jerit lagi... tapi lama kelamaan rasa seronok pulak sebab dapat bagi ikan-ikan tu makan dan dalam masa yang sama boleh pegang ikan-ikan tersebut... memang satu pengalaman yang sangat seronok!


lepas dah puas main-main dengan ikan, kami cuba pulak pengalaman jalan-jalan di atas jambatan gantung berhampiran... Mas sempat jalan separuh je, gayatlah pulak rasanya! tapi nak jugak cuba dan posing ambil gambar kat atas jambatan tu... seterusnya kami terus gerak ke Poring Hot Spring pulak!

nanti Mas sambung cerita lagi, dah panjang sangat ni! heheheeee...

8 juta kata dan doa:

  1. hahaha terserlah kepuasan diwajah ketika melancong.

    BalasPadam
  2. The Majestic of Gunung Kinabalu....cantik!

    Nanti akak pi try mendaki plak ek...hehehe

    BalasPadam
  3. mas, gambar 2 paling atas tu bukan macam kat malaya...!

    BalasPadam
  4. Cantiknya pemandangan especially gambar 2 yang atas tu...

    BalasPadam
  5. wahhh banyaknya ikan! teruja lak nak merasa ikan kerumun kita cemtu :D

    BalasPadam
  6. wah seronoknya!!!......klu atok berpeluang p sabah, tempt ni wajib singgah!

    BalasPadam
  7. seronok lak tengok orang bergambor

    BalasPadam

blog ini sekadar berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya... semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa! sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis terlebih dahulu dan dikreditkan ke blog ini... terima kasih dari massaari [dot] com!

Pemilik Blog : Mas Saari
Email : mas7977@gmail.com