Logo KBBA

terkini dan sensasi

Ahad, 26 Februari 2012

Cuti-cuti Sabah : Indahnya Kundasang

Assalamualaikum...(^ ^)

Sambung lagi kisah percutian di Sabah, harap kawan² tak bosan membacanya.



Hari kedua : 23/2/2012
Hari bermula dengan menikmati sarapan di Kinabalu Pine Resort, seperti dinner jugak kami dapat sarapan untuk 6 orang dan ianya secara ala-carte. Memang bagus cara sarapan camni sebab kami diberi pilihan untuk memilih apa makanan yang kami suka. Setelah perut kenyang dengan sarapan yang lazat, kami rakamkan gambar dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat indah.




Setelah puas posing sakan, kami check out dan bersiap untuk melawat tempat² menarik di Kundasang. Lawatan dimulakan dengan Kinabalu Park, memang wajib melawat tempat ni sebab disini bole lihat Gunung Kinabalu dengan lebih jelas. Tapi kena pergi sebelum jam 9 pagi sebab selepas waktu tu kabus dah mula menebal, kalau lewat memang tak sempat nak lihat keindahan gunung.




Dah puas menikmati cuaca sejuk dan nyaman di Kinabalu Park kami terus bergerak menuju ke Ladang Teh Sabah di Ranau, agak kecewa jugak bila sampai di sana sebab ladang tehnya tak secantik dulu. Ambik gambar sebagai kenangan, shopping teh sabah dah terus gerak ke Kelah Sanctuary di Sungai Tagal. Pastinya inilah pengalaman yang paling dinantikan, beri makan ikan kelah secara dekat.

geli oiiiii





Tiket yang dikenakan untuk masuk ke Kelah Sanctuary tu ialah RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak² berumur 7 tahun ke atas. Mereka jugak ada sediakan makanan ikan yang dijual dengan harga 20 sen untuk satu pek kecil, RM5 jugak Mas habiskan untuk beli makanan ikan je. Mula² jejak kaki ke dalam sungai memang rasa takut jugak sebab ikan kelah tu terus datang berkerumun kat kaki. Rasa geli sangat bila dia gigit² kaki, Mas siap terjerit² lagi. Tapi lama kelamaan rasa seronok pulak sebab dapat bagi ikan² makan dan dalam masa yang sama boleh pegang ikan² tersebut. Memang satu pengalaman yang sangat seronok!



Lepas dah puas main² dengan ikan, kami cuba pulak pengalaman jalan² di atas jambatan gantung berhampiran. Mas sempat jalan separuh je, gayatlah pulak. Tapi nak jugak cuba dan posing ambil gambar kat atas jambatan tu, seterusnya kami terus gerak ke Poring Hot Spring pulak.

Nanti Mas sambung cerita lagi, dah panjang sangat ni. Hehehee!

12 ulasan:

  1. hahaha terserlah kepuasan diwajah ketika melancong.

    BalasPadam
  2. The Majestic of Gunung Kinabalu....cantik!

    Nanti akak pi try mendaki plak ek...hehehe

    BalasPadam
  3. mas, gambar 2 paling atas tu bukan macam kat malaya...!

    BalasPadam
  4. Cantiknya pemandangan especially gambar 2 yang atas tu...

    BalasPadam
  5. wahhh banyaknya ikan! teruja lak nak merasa ikan kerumun kita cemtu :D

    BalasPadam
  6. wah seronoknya!!!......klu atok berpeluang p sabah, tempt ni wajib singgah!

    BalasPadam
  7. seronok lak tengok orang bergambor

    BalasPadam
  8. Baca belog ini.. Cari tips ke Kundasang... hehhehee~

    BalasPadam
  9. Kinabalu pine resort... masa check in diorang check tak berapa orang yang datang untuk bermalam. coz saya booking standard room for 2 tapi ada bawa anak 2... tak lah besar pun anak saya... rasa rugi nak sewa bilik besar2 ni.. save budget...

    BalasPadam
  10. seronok nya,ambik pekej ,berapa hari,dan berapa semua kos nya...kaknik nak ke sabah cuti sekolah nov ni,,,dah ada penerbangan terus dari kota bru ke kk.

    BalasPadam
  11. seronok nya,ambik pekej ,berapa hari,dan berapa semua kos nya...kaknik nak ke sabah cuti sekolah nov ni,,,dah ada penerbangan terus dari kota bru ke kk.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com