Logo KBBA

terkini dan sensasi

Isnin, 27 Februari 2012

Cuti-cuti Sabah : Kundasang lagi

Assalamualaikum...(^ ^)

Hari ini ada lagi cerita percutian di Sabah, cerita masih berkisar di Kundasang. Jom baca sambil tengok gambar² kami di sana.


Hari kedua : 23/2/2012
Selepas bersukaria main² dengan ikan kelah kami terus gerak ke Poring Hot Spring. Sampai di sana terus cari restoran untuk lunch sebab perut masing² dah nyanyi lagu keroncong. Kami singgah makan di restoran berhampiran kawasan Hot Spring tu. Order nasi putih dengan Asam Pedas Ikan Tenggiri, Ayam Masak Kicap dan Sayur Campur. Sedap masakan dia, licin dibedal oleh kami 13 orang.





Bila perut dah kenyang barulah seronok nak jalan², jadi terus beli tiket masuk. Mas ambil tiket untuk jalan² di sekitar Hot Spring dan tiket ke Canopy Walkway. Tapi yang tak seronoknya kami tak dapat nak teruskan perjalanan ke Canopy Walkway sebab hari dah hujan, sempat masuk separuh jalan je. Tak berani nak teruskan sebab perjalanan tu di dalam hutan, jadi sementara nak tunggu hujan berhenti kami lepak² sambil rendam kaki kat kolam air panas. Sangat best, rasa segar dan hangat.

Memandangkan hujan tiada tanda² nak berhenti kami terpaksalah redah untuk ke kereta. Tapi banyak jugak tempat yang tak sempat kami lawati di Kundasang seperti Kundasang Memorial War, Pekan Nabalu, Desa Mesilau Farm dan Karambunai disebabkan hari hujan. Jadi kami teruskan saja perjalanan untuk balik ke Kota Kinabalu.





Dalam perjalanan tu kami singgah sekejap kat satu kawasan hentian ni untuk bergambar, dari kawasan ni memang nampak jelas permandangan Gunung Kinabalu. Jadi memang tak lepaskan peluang untuk rakamkan gambar sebagai kenangan, dan yang paling seronok kawasan ni sangat berangin. Walaupun rasa sangat sejuk tapi segar dapat hirup udara gunung yang sangat nyaman.



Pukul 6.30 petang kami selamat tiba di Kota Kinabalu, singgah sekejap kat tepi pantai untuk tengok matahari terbenam. Sangat cantik dan indah, tak jemu mata memandang. Apa lagi terus rakamkan gambar sebagai kenangan. Dah puas tengok sunset terus check in di Impiana Mutiara Hotel. Menarik jugak hotel ni sebab ianya terletak di tengah bandar Kota Kinabalu, harga bilik pun agak berpatutan. Sebelah malam pulak kami hanya keluar makan dan jalan² di sekitar pasar malam Kampung Air.

Habislah kisah hari kedua kami di Kundasang, lepas ini cerita island tour kami ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Nantikan ye!

13 ulasan:

  1. dni belum ke sabah lagi.. teringinnya nak p sana :)

    BalasPadam
  2. hee sy org sabah. mmg sgt2 best semua tmpt2 tu:)
    ad masa.,klu pg sini lg, bole cntact2:)

    BalasPadam
  3. wah, beshnyer...atok tak ponah sampai sanun laie

    BalasPadam
  4. hoho sgt seronok tu.....tak pi memorial park ke kak? dan tak pi ke ternakkan lembu susu.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum mas...wah cantiknya pemandangan berlatar belakang gunung
    Kinabalu tu...teringin plak rasanya nak ke sana...:)

    BalasPadam
  6. @Telor Power
    dua2 tempat tu tak pi, tak sempat sebab hujan lebat.. rasa rugi sangat, patutnya akak pi sebelah pagi! huhuhuuu...

    nampaknya kena pi sekali lagi ni...heheheee

    BalasPadam
  7. Last year sy ke sana.. Hujan time tu.. X dpt amik gambar gunung kinabalu dgn jelas.huhuhu

    BalasPadam
  8. wah...bestnye,dpt g jln2 kundasang sabah..menanrik perhatian ..

    "bila bole bonde dpt g ni yea????"

    BalasPadam
  9. tengok tengok pasni kak buat entry dalam dialek sabah plak..

    heheheh

    gambar gambar tersebut jelas mengambarkan keseronokan.

    BalasPadam
  10. bila lah namee nk sampaike sabah. tengok pemandangan. cantiknya ! :)

    BalasPadam
  11. Pergh!!! Dapat tengok Gunung Kinabalu secara live.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum..
    kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke Sabah,
    BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

    PAKEJ 3HARI 2MALAM

    01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
    1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
    1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
    1130 : Melawat Pekan Nabalu
    1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
    1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
    1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
    1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
    *Tour Tamat*

    02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
    0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
    1000 : Melawat Ikan Spa.
    1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
    1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
    1700 : Melawat Yayasan Sabah.
    1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
    1800 : Melawat Signal Hills.
    1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
    2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
    *Tour Tamat*

    03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
    0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
    0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
    1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
    1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
    1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
    1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
    1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
    *Tour Tamat*

    Pakej ini Termasuk :
    1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
    Van Pelancongan @ Taxi Limousine
    Pemandu
    Minyak
    Muatan Maksimum 10 Dewasa
    2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
    May Homestay Kundasang (1Night)
    Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
    3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
    Rumah Terbalik (up side down house)
    Ladang Lembu
    Hot Spring
    Ikan Spa
    4). Pulau Sapi & Manukan
    Tiket pulau Sapi
    Tiket pulau Manukan
    Insurance
    Bot
    Jaket Keselamatan
    Maks Snorkelling
    Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
    sila hubungi kami untuk mendapatkan pakej yang lengkap.
    +6016 8392919 (whatsApp, wechat, Telegram & Kakao Talk)
    Email : borneokinabalutour@gmail.com

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com