Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 28 Februari 2012

Cuti-cuti Sabah : Seafood dan mutiara

Assalamualaikum...(^ ^)

Sambung lagi cerita Sabah, sikit lagi je! 


Hari ketiga : 24/2/2012
Selepas balik dari pulau semuanya kepenatan, jadi rehat sebentar sementara nak tunggu malam. Sebab malam nanti nak makan seafood sepuas²nya. 

Pukul 7.30 malam kami keluar menuju ke gerai seafood berhampiran dengan laut. Sampai di sana memang tempat tu dah banyak berubah, tak sama macam masa Mas pergi dulu. Dah banyak gerai. Harga seafood yang dijual pun tidak semurah dulu, dah mahal sekarang. Kalau dulu seekor ikan merah dijual dengan harga RM10 seekor tapi sekarang RM3 untuk 100 gram. Masa dah banyak berubah, peniaga pun dah pandai cari untung sebab semakin ramai pelancong datang ke sana.





Dah puas tengok gerai yang tawarkan harga lebih murah, hanya satu gerai je jual dengan harga yang berpatutan. RM3 untuk 100 gram bagi semua jenis seafood. Jadi kami pilih 2 ekor ikan merah, 4 ekor ketam dan 5 ekor sotong. Masakan yang kami pilih pulak ialah Ikan Merah Sweet & Sour, Ikan Merah Masak Stim, Sotong Goreng Tepung dan Ketam Masak Cili Kering.

Boleh tahan masakan dia, sedap hingga licin selicin licinnya. Bayaran yang kami kena untuk semua masakan seafood ditambah dengan nasi putih dan air ialah RM100 lebih, mahal jugaklah. Tapi takpe, yang penting sedap dan makan pun puas hati.


Lepas perut dah kenyang kami jalan² kat Pasar Filipina, cuci mata sambil tengok pelbagai barangan perhiasan dari mutiara. Semuanya cantik, Mas beli brooch dan gelang mutiara untuk bagi pengasuh anak² dan cikgu mereka. Gambar pun tak sempat nak ambil sebab asyik sangat shopping.

Tamat sudah cerita hari ketiga. Esok cerita untuk hari terakhir pulak, tunggu!

10 ulasan:

  1. fulamak.. semua makanan tu nampak segar2.. leleh air liur bile tengok..hekhek :P

    BalasPadam
  2. Mas, taste masakan dia sama tak dengan kat semenanjung? manis ke, pedas ke...?

    BalasPadam
  3. @-gedek!
    tak manis dan tak pedas sangat! cuma cara masakan dia memang berbeza dgn semenanjung..

    BalasPadam
  4. isy cantiknya gmbr akak snap! ada bakat nih..hihi

    BalasPadam
  5. i love to eat seafood too hihi. lebih berselera makan seafood secara beramai2...lagi syok :)

    BalasPadam
  6. saya pernah ke sarawak dulu..masakan dia lain . sabah pun lain gak kan ? lebih manis rasanya.

    BalasPadam
  7. biasalah harga seafood sekarang. mahal2.

    BalasPadam
  8. Salam kenal kak Mas.saya pun nak ke sabah April nanti.Skrg tgh survey².

    kedai mana ni kak mas yg murah² tu?boleh bagi nama tak..terima kasih :)

    BalasPadam
  9. makan RM 100 lebih jer seafood tu... last week saya gi habis rm400 tau.. tp makan lobster laa... leh bgtau tak nama kedai makan tu.

    BalasPadam
  10. kalau nak makan seafood..gi sebelah pantai timur sabah...

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com