Assalamualaikum...(^ ^)
Cerita terakhir di hari terakhir kami di Sabah. Terima kasih pada yang sudi baca cerita sebelum ni, kalau belum baca boleh klik link di bawah.
cuti-cuti Sabah : tibanya di Sabah
cuti-cuti Sabah : indahnya Kundasang
cuti-cuti Sabah : Kundasang lagi
cuti-cuti Sabah : island tour
cuti-cuti Sabah : seafood dan mutiara
cuti-cuti Sabah : tibanya di Sabah
cuti-cuti Sabah : indahnya Kundasang
cuti-cuti Sabah : Kundasang lagi
cuti-cuti Sabah : island tour
cuti-cuti Sabah : seafood dan mutiara
Hari terakhir : 23/2/2012
Seawal pagi memang takde aktiviti apa², jadi bolehlah bermalasan dan bangun lambat sikit. Sarapan pun suruh husband beli kat kedai dan makan kat dalam bilik, jam 12.30 baru kami check out. Selesai semua urusan terus kami pergi ke Pasar Kraftangan dan Pasar Ikan Masin untuk shopping.
Sampai kat pasar tu memang ramai orang, parking pun susah nak dapat. Sampai kena pusing 2-3 kali baru dapat parking, mula² kami pergi ke Pasar Ikan Masin. Mas memang nak cari Ikan Terubuk Masin, nak beli untuk mak mertua. Pastu beli jugak ikan bilis, RM15 sekilo. Ikan bilisnya pun segar.
Dah habis shopping dan borong ikan masin serta ikan bilis kami pergi ke Pasar Kraftangan. Masa datang Sabah tahun 2010, Mas tak pergi pun pasar ni. Besar jugak, pelbagai barang kraftangan dijual di sini. Semuanya menarik dan cantik, sempat jugak beli gelang mutiara untuk buat cenderahati.
Dah penat pusing Pasar Kraftangan kami gerak ke Pasar Peniaga Tempatan untuk beli kuih, Mas borong 3 peket Kuih Cincin dan 3 peket Kuih Amplang. Memang sedap kuih ni, Mas suka. Kat pasar ni semua peniaga tempatan yang berniaga, harga kuih muih pun boleh mintak tawar. Sampai 2 kali kami pergi sebab tak cukup kuih yang dibeli, mana taknya sampai dalam van terus buka dan makan.
Setelah puas hati shopping kami pusing² kat sekitar bandar Kota Kinabalu, maklumlah nak habiskan masa sementara nak pergi ke airport pada jam 6 petang. Dah pening pusing² kami lepak santai kat Pantai Tanjung Aru, tengok orang main perahu layar.
Sebelum gerak ke airport kami isi perut dulu, makan KFC je. Pukul 6.30 petang dah tiba di airport. Selesaikan urusan pemulangan van, check in dan pukul 8 malam dah ada dalam perut kapal terbang. Pukul 12.30 malam baru selamat sampai kat rumah. Memang penat gila tapi puas hati sebab percutian yang dilalui sangat menyeronokkan, berbaloi²!
wahhhhh bestttnya dapat cuti2 malaysia =)
BalasPadamseronoknya..zla plak kalo p sabah ni, selalu mati kutu nak beli apa..alih2 benda yg sama jer beli.tp yg pasti ikan bilis dan benda sewaktu dgnnya wajib beli..heheh
BalasPadamtak sabar nak pergi bulan tiga nanti..
BalasPadamwah sabahan, teringin nak pegi!
BalasPadamini memang benar2 cuti2 malaysia. wow! hehe ikan masin di sana pasti jauh lebih sedap berbanding yang di semenanjung aite?
BalasPadam@Rtp Farra Arisha
BalasPadammemang sedap! especially ikan terubuk masin..
sedapnya ikan terubuk masin!.
BalasPadamnak!
bestnya dapat makan angin kat sabah.....bila la nak nk pegi sabah lagi...
BalasPadambest3....selamat pulang ke semenanjung...
BalasPadamwahh, seronoknya !!!! ni yg teruja nak pi sana nih !! :)
BalasPadamZwan x penah pegi Sabah lagi.. teringin la nk p sabah.. HUHU
BalasPadamassalamualaikum mas...wah seronoknya mesti byk souvenir yg dibeli utk rakan2kan...:)
BalasPadamapa rasa KFC kat sabah tu? ada perisa terubuk masin tak? hehe...
BalasPadamInsyaAllah satu hari nanti akan ke sana :)
BalasPadam