blog wajib baca

  • Nuffnang dan Rezeki - Hello peeps... Kenapa saya pilih nuffnang ? Ada blogger baru bertanya pendapat saya tentang pilihan syarikat pengiklanan mana yang terbaik untuk dipasang...

toink toink dari beloG MTT

entri terbaru dan terkini

Ahad, 26 Februari 2012

cuti-cuti Sabah : tibanya di Sabah

Assalamualaikum...(^ ^)

alhamdulillah, selamat sampai di Teratak Idaman pada jam 12.30 tengah malam semalam... memang penat tak terkata tapi tetap happy kerana telah melalui percutian yang sangat seronok! sekarang rumah pun dah sunyi sepi sebab semua adik beradik dah pulang ke rumah masing-masing... 

mulai hari ini Mas akan update satu persatu percutian kami di Sabah... dimulakan dengan hari pertama kami di sana! Mas akan cerita berserta dengan gambar sekali, harap seronok membacanya...


hari pertama : 22/2/2012
penerbangan semalam 2 jam setengah membawa kami ke Negeri Di Bawah Bayu... sampai di airport kami terus ambil kereta sewa! Mas tempah kereta Exora dengan sewa RM230 sehari... kemudian selepas lunch di KK, dalam pukul 3 petang kami pun terus bertolak ke Kundasang... perjalanan dalam hujan membuatkan kami mengambil masa 3 jam untuk sampai ke Kundasang! 


di Kundasang kami menginap di Kinabalu Pine Resort... resort ini memang terkenal di Kundasang kerana tempatnya memang strategik untuk melihat Gunung Kinabalu secara jelas... Mas menyewa 3 buah bilik dan harga sebuah bilik ialah RM240 berserta dengan pakej dinner dan breakfast! bagi Mas sangat berbaloi dengan resortnya yang cantik dan makanannya yang sedap... pastu cuaca di situ sangat sejuk dan nyaman!

selepas check in di resort kami semua bersiap sedia untuk dinner... pakej dinner yang disediakan adalah untuk 2 orang bagi satu bilik! kami dapat pakej untuk 6 orang kerana menyewa 3 bilik... dinner yang disediakan pula adalah berbentuk ala-carte dimana kami boleh memilih 1 jenis sup, 3 jenis lauk dan 2 jenis sayur, nasi putih dan air kosong... memang berbaloi untuk kami seramai 13 orang makan! cuma perlu tambah nasi putih sahaja yang dikenakan charge sebanyak RM1 untuk sepinggan nasi... inilah antara makanan yang kami pilih... semuanya sedap!


selesai dinner terus ambil peluang jalan-jalan kat sekeliling resort... tapi tak boleh lama-lama sebab cuaca sangat sejuk hingga ke tulang! ditambah pula dengan hujan dan kawasan resort tu sangat berangin...  jadi kami ambil jugak kesempatan rakamkan gambar sebagai kenangan... walaupun sejuk tapi cuacanya sangat nyaman! memang syok tidur malam tu... heheheee

ini sahaja cerita untuk hari pertama... nanti Mas sambung untuk hari kedua pula! 


14 juta kata dan doa:

  1. Assalam!.

    Bestkan...sy sentiasa sukakan Sabah!

    BalasPadam
  2. cantiknya gambar2 tu :) tengok makanan je pun dah lapar T_T

    BalasPadam
  3. tringinnye nak gi sabah..tp lum da rezki lagi...

    BalasPadam
  4. bestkan g sini..last p ms my dotter umur 1yr +..:)

    BalasPadam
  5. wah rindu sabah la....

    rasa mcm tak sabar dah nak jejak kaki kesana kembali.

    BalasPadam
  6. bestnyer pegi bercuti.. sy paling x suka jln kundasang-kk.. pening giler.. hehehe..

    BalasPadam
  7. memang berbaloi baloi la sebab sekali dengan diner ;D selalu breakfast je.. huhu

    BalasPadam
  8. assalamualaikum mas...wah seronoknya bercuti n berada di negeri bawah bayu tu...:)

    BalasPadam
  9. ada dengar cita hantu tak kat resort tu?

    BalasPadam
  10. seronok bercuti dengan family.. rindunya kat family dni di kelantan. uwaaaaaaaaaaaaaa :'(

    BalasPadam
  11. @-gedek!
    takde pulak...huhuhuuu
    lena je tidur malam tu! ;-)

    BalasPadam
  12. tapi kat Sabah hari cepat gelap kan ?? :D

    BalasPadam
  13. sorry mas. baru hari ni dapat kunjung blog mas hehehe.

    BalasPadam

blog ini sekadar berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya... semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa! sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis terlebih dahulu dan dikreditkan ke blog ini... terima kasih dari massaari [dot] com!

Pemilik Blog : Mas Saari
Email : mas7977@gmail.com