terkini dan sensasi

Khamis, 9 Februari 2012

Duit kau duit aku!

Assalamualaikum...(^ ^)


Kita jangan berkira sangat pasal duit, nanti tak berkat. Nak pulak yang dah berumahtangga tu, janganlah ada istilah macam ni pulak, "Duit saya, duit saya! Duit abang, duit saya!"

Memanglah tanggungjawab suami bagi nafkah dan sara keluarga, tapi jangan kita nak jadi banker pulak dalam rumah tu. Semua duit suami kita pegang. Pantang suami dapat gaji, terus minta berikan semuanya pada kita. Nanti bila suami nak guna duit, terpaksa minta pada isteri.

Apa salahnya rezeki yang diterima itu dikongsi bersama. Kalau isteri ada duit lebih, bantulah suami apa yang patut. Suami dah jelaskan semua bil tapi tak cukup duit nak beli barang dapur, jadi tak salah kalau isteri gunakan duit dia untuk beli barang dapur tu. Kegunaan bersama kan?

Tapi suami pun harus ingat, jangan bersikap lepas tangan pulak. Mentang² isteri sentiasa membantu, terus asyik cakap tak cukup duit je. Padahal duit tu masih ada. Duit isteri dah memang hak dia, cuma kalau nak minta tolong sekali sekala tu apa salahnya. Janganlah selalu, dah macam isteri pulak yang tanggung semua perbelanjaan keluarga.

Kan bagus camni, "Duit saya dan duit abang digunakan bersama untuk keluarga dan anak²." 

Itu kan rezeki Allah!

11 ulasan:

  1. setuju..x perlu nak kedekut2..:)

    BalasPadam
  2. yang penting jangan berkira kan :). hehe. lgpn biladuit yg diusahakan bersama tu dinikmati bersama...itu yang best tu :)

    BalasPadam
  3. suka entry ni ! hihihi setuju sgt2 .. alhamdullilah .. itu yg k.a.m.i amalkan =)

    BalasPadam
  4. kadang2 saya guna duit blog untuk bayar bil internet,...:P

    tu pun bantu jugak kan???walaupun saya bukan bekerja..:)

    BalasPadam
  5. ye lah kan kak.kena lah bertolak ansur.

    BalasPadam
  6. owh ye, pg tadi pcl dgr berita..semua wang gaji suami wajib dibankin terus ke dlm akaun isteri..hehe, tp bukan di negara ni..kalau tak silap sy negara Indon kot.

    BalasPadam
  7. tak aci le duit kite duit dia gk..if duit dia duit kite ok..apepun biar same2 kan bagus
    up kan earning nuffnang

    BalasPadam
  8. Kalau digunakan dengan niat yg betul, cara yg betul boleh bawak bahagia...

    BalasPadam
  9. entri menarik! first time I visit blog u. salam kenal :)

    BalasPadam
  10. fuh!!! bab yg paling saya rasa x beberapa nak setuju sgt. pasal duit boleh gaduh sebenarnya

    BalasPadam
  11. Banyak perkara kena belajar sebelum berumah tangga. Jangan tahu nak seronok je. Betul kan mas?

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com