Assalamualaikum...(^ ^)
Mas suka sebab Mas memang suka membaca.
Biasanya entri yang panjang berjela ni kalau kita bercerita tentang trip, tips atau pandangan, sebab entri sebegini memerlukan kita bercerita secara jelas beserta isi yang boleh menyokong hujah dan pendapat kita. Kalau setakat tulis point² mungkin pembaca tak faham apa yang nak kita sampaikan. Kadang kala kita selitkan jugak beberapa keping gambar untuk menjadikan entri itu lebih menarik dan tidak bosan bila dibaca.
Tapi jika menulis entri yang panjang berjela, kita perlu pandai bermain dengan kata², cara penyampaian perlu menarik dan apa yang ditulis sampai ke hati pembaca. Setiap hujah yang disampaikan perlu disertai dengan fakta atau contoh yang berkaitan. Cuba baca blog Rasa Hati tulisan Zulfikar Hazri, memang panjang berjela kan? Tapi Mas tak pernah bosan membacanya malah semakin seronok nak baca apa yang ditulis. Sebab setiap entri yang dia tulis penuh dengan isi yang padat, sendat dan lazat!
Mas pulak memang tak reti tulis entri panjang berjela, tak pandai sangat nak olah ayat bagi menarik. Jadi Mas tulis entri yang ringkas dan padat, mudah difahami oleh pembaca. Takut nanti kalau tulis panjang berjela jadi meleret² pulak, akhirnya ke laut.
Sebenarnya seronok baca entri panjang berjela ni kalau ianya menarik dan tak bosan. Perenggan demi perenggan penuh dengan rasa, cukup asam garamnya. Jadi itu membuatkan kita tertarik untuk baca hingga ke noktah terakhir.
saya punya entry panjang berjela...
BalasPadamhuhu..
tapi, mungkin meleret kot..dan mungkin juga pernah sampai ke laut..
teehee~~
Yupp... Kalau menarik wp panjang berjela2 tp tetap baca tp kalau bosan wp pendek tetap membosankan..so buat yg sedang2 jer...
BalasPadamYupp... Kalau menarik wp panjang berjela2 tp tetap baca tp kalau bosan wp pendek tetap membosankan..so buat yg sedang2 jer...
BalasPadambukan taknak baca entry yg panjang lebar tapi lebih yg mengarut dari ilmiah.. (^^)
BalasPadamada beberapa blog yang buat entry panjang tapi sedap dan tak bosan untuk dibaca..
BalasPadamade yg menarik tu memang panjang camner pun baca... tp prefer yg short and sweet..
BalasPadamsaya suka baca entry yang panjang berjela tapi entry itu mestilah ada isi dan hujah yg mantap.. eh samalah kita. :)
BalasPadamp/s Terima Kasih kak, sebab selalu baca blog saya, dan terima kasih sebab dedikasi blog saya dekat entry akak ni, saya hargainya sangat!
Dpend
BalasPadamkekadang y pendek pon mls bace sbb merepk penulisannye hehe
Singgah ke sini sebentar. Nak jemput tengok entri ini.
BalasPadamhttp://awieomar.blogspot.com/2012/02/next-top-blogger-1-episod-6.html
terima kasih kerana bersama NTB1.
entry lady pnjg jugak..
BalasPadamtp bosan.. boring.. xreti nk tulis dlm keadaan santai dan menusuk..
berjela ok tp kena pandai susun ayat. itu yang mencabar tu ! :)
BalasPadam