blog wajib baca

  • Nuffnang dan Rezeki - Hello peeps... Kenapa saya pilih nuffnang ? Ada blogger baru bertanya pendapat saya tentang pilihan syarikat pengiklanan mana yang terbaik untuk dipasang...

toink toink dari beloG MTT

entri terbaru dan terkini

Khamis, 16 Februari 2012

hadiah sebagai dorongan

Assalamualaikum...(^ ^)

gambar dari google

"mama, kalau ika menang main bowling dan dapat wakil daerah... mama nak bagi hadiah apa?"
itulah yang anak Mas akan tanya setiap kali dia masuk apa-apa pertandingan... harapkan sedikit small gift untuk raikan kejayaan dia! 

perlukah kita turuti permintaan anak ni? setiap kali masuk pertandingan dan kalau menang mesti nak hadiah... bagi Mas, bagus cara ni... hadiah sebagai dorongan! mungkin kalau kita janji akan beri hadiah jika dia menang, tentu dia akan bersemangat lagi untuk menyertai pertandingan tu... dorongan untuk dia cuba menang!

Mas suka janji macam tu... sebab bila berjanji, Mas boleh lihat kesungguhan dan semangat dia untuk raih kemenangan dalam setiap pertandingan yang disertai... kalau tak menang sekali pun, dia akan puas... sebabnya dia dah berusaha bersungguh-sungguh! hadiah yang dijanjikan itu cuma satu bonus jika dia menang... tak dapat pun takpe, janji dia dah cuba!

dalam pelajaran pun Mas buat macam ni... kalau dia dapat keputusan cemerlang, pasti Mas akan beri sedikit hadiah sebagai penghargaan! jadi semangat untuk dia belajar itu akan lebih berkobar-kobar... setiap kali peperiksaan mesti nak keputusan terbaik... bagus dorongan sebegini! kalau kita pun suka kan?

tapi jangan fikir lain ye... hadiah sebagai dorongan bukan sogokan!

8 juta kata dan doa:

  1. Betul tu...kita dulu kecik2 mesti mak ayah kita buat benda yg sama gak.. Macam bila nak ajar anak berpuasa tu kite janjilah sehari seringgit... Bagi budak Kecik nilai tu Dah ckp banyak.. Mungkin org Akan nampak mcm ajar anak dgn duit tp tulah salah satu cara nak mendorong diorg...lama2 mesti diorg Akan biasa buat sendiri tanpa ade upah or hadiah...

    BalasPadam
  2. btol2.. teringat zaman kecik2 dulu.. kanak2 perlukan dorongan dari orang dewasa utk berjaya ^^

    BalasPadam
  3. klu dl arwah abah sy gntikn hadiah tu dgn duit.. yela, dl² mn la reti beli² adiah ni.. singgit pun dh ckp bernilai..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas.hadiah tu sebagai dorongan utk die lebih bersemangat lg..:)

    BalasPadam
  5. kita pun suka dapat hadiah kan..?

    cuma ada kala kalau sesekali kita cuba nasihat tentang hadiah.. kerana kita juga ingin melihat pencapaiannya kerana azam dirinya.. bukan dipengaruhi hadiah... Dengan anak2 juga perlu variasi agar dia mengerti dan menghargai.. tidak mudah untuk dapat hadiah~ set di hati dia...

    BalasPadam
  6. anak anak memang perlu dorongan sebegini.

    BalasPadam

blog ini sekadar berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya... semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa! sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis terlebih dahulu dan dikreditkan ke blog ini... terima kasih dari massaari [dot] com!

Pemilik Blog : Mas Saari
Email : mas7977@gmail.com