Logo KBBA

terkini dan sensasi

Khamis, 16 Februari 2012

Hadiah sebagai dorongan

Assalamualaikum...(^ ^)


"Mama, kalau Ika menang main boling dan dapat wakil daerah, mama nak bagi hadiah apa?"

Itulah yang anak Mas akan tanya setiap kali dia masuk apa² pertandingan, harapkan sedikit hadiah untuk raikan kejayaan dia.

Perlukah kita turuti permintaan anak ni, setiap kali masuk pertandingan dan kalau menang mesti nak hadiah. Bagi Mas bagus cara ni, hadiah sebagai dorongan. Mungkin kalau kita janji akan beri hadiah jika dia menang, tentu dia akan bersemangat lagi untuk menyertai pertandingan tu. Dorongan untuk dia cuba buat yang terbaik untuk menang.

Mas suka janji camtu. Sebab bila berjanji, Mas boleh lihat kesungguhan dan semangat dia untuk raih kemenangan dalam setiap pertandingan yang disertai. Kalau tak menang sekali pun, dia akan puas. Sebabnya dia dah berusaha bersungguh², dan hadiah yang dijanjikan itu cuma satu bonus jika dia menang. Tak dapat pun takpe, janji dia dah cuba.

Dalam pelajaran pun Mas buat camni, kalau dia dapat keputusan cemerlang pasti Mas akan beri sedikit hadiah sebagai penghargaan. Jadi semangat untuk dia belajar itu akan lebih berkobar², setiap kali peperiksaan mesti nak keputusan terbaik. Bagus dorongan sebegini, kalau kita pun suka kan?

Tapi jangan fikir lain, hadiah sebagai dorongan bukan sogokan!

8 ulasan:

  1. Betul tu...kita dulu kecik2 mesti mak ayah kita buat benda yg sama gak.. Macam bila nak ajar anak berpuasa tu kite janjilah sehari seringgit... Bagi budak Kecik nilai tu Dah ckp banyak.. Mungkin org Akan nampak mcm ajar anak dgn duit tp tulah salah satu cara nak mendorong diorg...lama2 mesti diorg Akan biasa buat sendiri tanpa ade upah or hadiah...

    BalasPadam
  2. btol2.. teringat zaman kecik2 dulu.. kanak2 perlukan dorongan dari orang dewasa utk berjaya ^^

    BalasPadam
  3. klu dl arwah abah sy gntikn hadiah tu dgn duit.. yela, dl² mn la reti beli² adiah ni.. singgit pun dh ckp bernilai..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum mas.hadiah tu sebagai dorongan utk die lebih bersemangat lg..:)

    BalasPadam
  5. kita pun suka dapat hadiah kan..?

    cuma ada kala kalau sesekali kita cuba nasihat tentang hadiah.. kerana kita juga ingin melihat pencapaiannya kerana azam dirinya.. bukan dipengaruhi hadiah... Dengan anak2 juga perlu variasi agar dia mengerti dan menghargai.. tidak mudah untuk dapat hadiah~ set di hati dia...

    BalasPadam
  6. anak anak memang perlu dorongan sebegini.

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com