Logo KBBA

terkini dan sensasi

Rabu, 8 Februari 2012

Hatiku di Kinabalu

Assalamualaikum...(^ ^)


Amboi tajuk kemain, hehehee!

Itu menunjukkan ketidaksabaran nak jejak kaki kat negeri di bawah bayu ni. Setiap masa menghitung hari, lambatnya rasa tarikh 22 Februari tu nak tiba. 

Walaupun Mas dah pernah jejak kaki ke sana, tapi percutian kali ni agak berbeza sikit sebabnya Mas pergi ramai² dengan adik beradik. Pastu kali ni Mas akan bermalam di Kundasang dan pergi island tour ke pulau² yang menarik di sana. Masa pergi tahun 2010 tu tak sempat nak buat semua tu sebab pergi 3 hari 2 malam je.

Kali ni nak rakamkan banyak² gambar gunung Kinabalu, masa pergi dulu tak dapat sekeping pun gambar. Sebabnya Mas silap tafsiran, ingatkan gunung akan nampak jelas bila waktu petang. Rupanya sangkaan Mas salah, pada sebelah petang kabus lebih tebal berbanding waktu pagi. Kalau nak tengok gunung Kinabalu dengan lebih jelas adalah pada waktu pagi, itu yang diberitahu oleh orang di sana.

Urusan semua dah selesai. Hotel di Kundasang dah tempah, hotel di Kota Kinabalu pun sudah. Urusan sewa kenderaan pun dah selesai, deposit pun dah dibayar. Yang paling penting, tiket kapalterbang pun Mas dah check in siap² melalui online. Nanti sampai LCCT, tunjuk je boarding pass yang dah dicetak tu. Semua dah cukup lengkap, yang tinggal cuma nak kemas beg.

Seminggu lebih je lagi, sabar menanti!

13 ulasan:

  1. rara pon teringin nk g sini.nt nk ajak hubby lah.

    BalasPadam
  2. selamat bercuti..selamat beristirehT..Lupakan semua tekanan kat sini..:)

    BalasPadam
  3. seronoknya.. sy ni tah bila nk smpi sn..

    BalasPadam
  4. teringin nak g sana.. hehe

    BalasPadam
  5. wahhh bestnyeeee... saye ujung tahun ni baru dapat jejak kaki kat sane, insyaAllah.. btw, selamat bercuti n take care yea.. =)

    BalasPadam
  6. wah nak bejalan yeee.... beshlaaaa

    bawa ole2 eh..:D

    BalasPadam
  7. Salam..bestnye kak..sy org Ranau pun baru sekali naik gunung tu..gunung kinabalu tu mmg jelas waktu pagi..bila matahari dah naik, kabus makin tebal n mghalang kita utk tengok gunung tu.. klu sy ada kt ranau, bolehlah sy jd pemandu pelancong..hehe

    BalasPadam
  8. bestnya pergi sana.. nak ikut. hehe :D

    BalasPadam
  9. oooo.....hehehe..sabah memang best!!1nanti g 1Borneo jangan lupe singgah UMS....heheh

    BalasPadam
  10. erm bestnye la dapat g

    bile nk g gak ni

    BalasPadam
  11. wah, seronoknya akak ! tangkap gmbr banyak2 tau !! eee, saya pulak yg excited !! :)

    BalasPadam
  12. assalamualaikum mas...wah bestnya dpt pi bercuti selamat bercuti yer n ambil gambar banyak tau pastu postkan kat blog ni...:)

    BalasPadam
  13. teringin ke sana juga satu masa nanti. mungkin bersama bakal wife hehehe

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com