Logo KBBA

terkini dan sensasi

Selasa, 7 Februari 2012

Kasih sayang tiada penghujung

Assalamualaikum...(^ ^)


Suami : Sampai bilalah saya dapat hidup bersama awak kan?

Isteri : Kenapa cakap camtu bang? Insya Allah selagi kita dipanjangkan umur saya akan habiskan sisa² hidup ini bersama awak.

Suami : Saya risau camne nasib awak nanti bila saya tiada, mesti awak sedih dan kesunyian.

Isteri : Memang saya akan sunyi dan sedih, tapi saya cuba kuatkan semangat untuk terus hidup demi anak² dan cucu cicit kita. Segala kenangan manis bersama awak akan jadi penguat semangat.

Suami : Insya Allah, saya pun akan begitu. Saya sayang awak!

Agak²nya camnilah Mas bila dah tua nanti, menghabiskan sisa² hidup bersama suami tersayang di mana sahaja. Lepak² camni sambil merenung hari esok, apakah yang akan terjadi. Dapatkah lagi hidup bersama suami tersayang hingga ke akhir hayat?

Itulah kehidupan kan, kasih sayang dan kesetiaan antara suami isteri yang telah mengharungi kehidupan bersama selama bertahun². Bermula dari hidup berdua sehingga mempunyai anak, menantu, cucu dan cicit, semuanya dilalui dengan sempurna. Tapi bila anak² dah besar dan berumahtangga, akhirnya kembali berdua menghabiskan sisa² hidup.

7 ulasan:

  1. harapnya macam tu lah..
    insyaallah =)

    BalasPadam
  2. hidup hanya semntara... terpaksalah redha dgn hakikat tu. samalah mas... terfikir juga masa depan anak2, insyaallah jadi nenek.. dah jadi nenek pun sekarang, nenek saudara... he..he..

    BalasPadam
  3. alololoooo~~~~ ;)

    BalasPadam
  4. bilo la ambo nak nikoh.
    hahaha.
    nak hidup berduo.
    hidup sore jah loni.
    hehehe

    BalasPadam
  5. minta dapat jumpa di syurga nanti..heee

    BalasPadam
  6. saya takut bercinta sebab tu lah kak mas. takut terlebih sayang sampai tak boleh kehilangan . :/

    BalasPadam
  7. Kekal buat selama lamanya InsyaAllah

    BalasPadam

Blog ini berkongsi tentang kisah kehidupan dan apa yang penulis rasa dan percaya. Semua bentuk penulisan lahir dari pemikiran penulis yang tidak berapa kreatif tanpa mencilok idea sesiapa. Sebarang COPYPASTE dari blog ini perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan dikreditkan ke blog ini. Terima kasih dari massaari.com.

Pemilik Blog: Mas Saari
Email: mas7977@gmail.com